Pemimpin. Jawatan. Pangkat. Kuasa.
Motivasi yang sangat berkesan untuk
seseorang berbuat.
Dari Abu Hurairah ra, ia berkata,
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesungguhnya kalian berambisi memegang
suatu kekuasaan. Padahal pada hari kiamat nanti kekuasaan akan menjadi
penyesalan.”
(HR Bukhari, Kitab: Hukum-hukum XIII/133
No. 7148)

Sudah menjadi kebiasaan. Kekuasaan yang
pada asalnya diimpi-impikan, didamba, menjadi sebuah penyesalan tanpa
kesudahan.
Ia sudah pasti berlaku, apabila sebuah
kepimpinan berubah menjadi sebuah kezaliman.

*****
“Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk
menjadi ahli Badan Wakil Pelajar, bolehlah mengambil borang pada malam ini.
Syarat-syaratnya ialah...” ucapan itu kembali mengingatkan saya.
Di Maktab Rendah Sains MARA Pengkalan Chepa,
sudah tiba masanya.
Masa di mana ramai pelajar mula berkempen,
berusaha menarik sokongan, dengan satu tujuan. Memegang kekuasaan.
Bahkan ada yang sudah memulakan ambisinya
itu sejak awal mereka mendaftar lagi!
*****
Apabila sebuah kepimpinan menjadi sebuah
kezaliman, ia tidak semestinya berlaku secara lahiriah.
Pada zahirnya, mungkin prestasi institusi
yang dipimpin itu semakin meningkat.
Pada zahirnya, dia mungkin kelihatan
menjalankan tanggungjawabnya.
Namun, tanggungjawabnya pada agama?

*****
Berapa ramai pemimpin yang dilantik
daripada mereka yang tidak solat?
Berapa ramai pula pemimpin yang menutup
aurat?
Yang paling penting, berapa ramai pula
pemimpin yang sanggup meletakkan usaha, memperbaiki orang bawahannya?
Bukan hanya memperbaiki prestasi
duniawinya.
Yang paling penting, prestasi akhiratnya!
Dari Ibnu Umar ra, ia bercerita bahawa ia
pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“setiap kalian adalah pemimpin dan
harus bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Seorang penguasa adalah
pemimpin dan harus bertanggungjawab atas yang dipimpinnya. Seorang suami
adalah pemimpin dan harus bertanggungjawab atas yang dipimpinnya.
Seorang isteri adalah pemimpin dalam rumah tangga dan ia harus bertanggungjawab
atas apa yang dipimpinnya. Seorang pelayan adalah pemimpin dalam mengelola
harta tuannya, dan harus bertanggungjawab atas apa yang dipimpinnya.
Jadi, setiap kalian adalah pemimpin dan harus bertanggungjawab atas yang
dipimpinnya.”
(Mutaffaq Alaih)
*****
Tidaklah salah menjadi pemimpin...
Namun kalau jadi pemimpin, jadilah
pemimpin yang boleh membawa perubahan...
bukannya pemimpin yang lebih memburukkan
keadaan.
kita tak nak pemimpin yang tak solat.
kita tak nak pemimpin yang tak datang
surau.
kita tak nak pemimpin yang tak tutup
aurat.
kita tak nak pemimpin yang lawan perintah
Allah.
Kita tak nak pemimpin yang membiarkan
orang yang dipimpinnya terus melakukan kezaliman.
Biar kezaliman terhadap orang lain, atau
terhadap diri sendiri.
kalau bercita-cita menjadi pemimpin,
berubahlah sekarang.
bawa orang bawahan anda sekali ke syurga.
Kerana itulah tanggungjawab anda.
Nak jadi pemimpin, katanya kan?

“jadilah pemimpin ke syurga,
bukan ke neraka”
Megat Shahr Al-Imran
MRSM Bitara Pengkalan Chepa,
6:36 pm 12 Jun 2012.
No comments:
Post a Comment