"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Friday, June 8, 2012

Perkongsian : Cinta.

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~


Cinta. Sebuah kata kerja.

Apa buktinya?


*****


“Ya Rasulallah,” kata Umar perlahan, “aku mencintaimu seperti kucintai diriku sendiri.”

Baginda tersenyum.

“tidak wahai Umar. Engkau harus mencintaiku melebihi cintamu pada diri dan keluargamu.”

“Ya Rasulallah,” kata Umar, “mulai saat ini engkau lebih kucintai daripada apapun di dunia ini.”

“Nah, begitulah wahai Umar.”

*****

Kisah tadi, pasti menimbulkan banyak tanda tanya.

Semudah itukah Umar bisa mengubah cintanya? Cintanya daripada diri sendiri kepada Rasulullah?

Jawapannya, cuba lakukan sendiri. Berkata kepada ibu atau isteri kita, seperti mana yang dikatakan oleh umar.

Pasti sangat tidak logik.

Ya, tidak logik. Namun hanya jika ‘cinta’ ditafsirkan sebagai sebuah kata nama.

Sebaliknya jika ‘cinta’ ditafsirkan sebagai sebuah kata kerja. Semuanya tidak mustahil. Bahkan sangat mudah.

Kerana itulah, begitu mudah untuk Umar mengubah cintanya. Kerana bagi Umar, ‘cinta’ merupakan sebuah kata kerja.



*****

Cinta bukan soal hati. Ia soal perlakuan.

Katakanlah: "Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan NYA". dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
(QS9. At Taubah ayat 24)

Ada sesuatu yang menarik dalam ayat ini. Imam Al-Suyuthi dalam kitabnya lubabin nuqul fi asbabin nuzul mencatatkan ayat ini turun sebelum peristiwa hijrah.

Justeru, apa yang menarik?

diwajibkan atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, Padahal ia Amat baik bagimu, dan boleh Jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, Padahal ia Amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.
(QS2. Al Baqarah ayat 216)

Ayat ini turun sebagai perintah untuk berperang yang pertama bagi umat islam, peperangan Badar yang berlaku selepas hijrah.

Bukankah orang muslim tidak menyukai peperangan? Bukankah itu bermaksud mereka tidak menyintai jihad di jalan-Nya?

Jawapannya kerana, cinta bukan soal hati. Ia soal perlakuan.

Ya, bisa sahaja mereka membenci peperangan. Namun jika mereka tetap sahaja terus berperang, itu menunjukkan mereka mencintai jihad di jalan-Nya.

Perkara yang sama berlaku pada zaman ini.

Bisa sahaja ia tidak suka untuk solat. Namun, lantaran cintanya pada Allah, ia tetap terus melaksanakan perintahnya. Kerana apa? kerana Cinta sebuah kata kerja.

Justeru, bagaimana mahu mencintai?

Mudah sahaja. Tunjukkan yang kita mencintai.

Lakukan perlakuan seolah-olah kita menyintainya.



*****

Ada satu formula klasik yang dicipta oleh Abu Bakar As-Siddiq, Khalifah pertama.

Jika pasar memenangi masjid, maka masjid akan mati.
Sebaliknya jika masjid memenangi pasar, maka pasar akan hidup.

Menarik bukan? Kerana itu misi peradaban islam ialah menjaga agar masjid memenangi pasar, kerana itu juga berarti menjaga kehidupan pasar.

Sama juga pada hari ini.

Seandainya kelas di maktab memenangi masjid, maka maktab itu akan kalah.
Sebaliknya, jika masjid memenangi kelas di maktab, maka maktab itu akan menang.

*****

Namun realitinya, berapa ramai yang mencintai masjid? Mencintai Rasulullah? Dan yang paling penting, mencintai Allah?

Cinta kepada islam tidak dipromosi, yang dipromosi hanyalah ‘cinta islamik’.

Cinta yang ‘kononnya’ indah, diputar belitkan dan dicampur dengan nilai islam agar nampak ‘islamik’nya cinta itu.

Hasilnya? Bukan 7 petala cinta, tapi 7 petala fitnah!


Secara peribadi, saya sangat tidak bersetuju dengan filem-filem seperti ini. Filem-filem yang kononnya mahu menjadikan filemnya lebih ‘islamik’, mencampur-adukkan nilai islam dengan cinta jahiliah, kononnya mahu menghasilkan 7 petala cinta. Tetapi yang terjadi hanyalah 7 petala fitnah.

Akibatnya, masyarakat jadi keliru. Bingung mahu membezakan yang manakah islam, dan yang manakah jahiliah.

Nasihat saya, masukkan sahajalah nilai islam, itu sudah bagus. Namun masukkan secara kaffah. Menyeluruh. Jika tidak, asingkan terus. Kerana kita tidak mahu masyarakat terus keliru. Terperangkap di simpang antara islam dan jahiliah.

Kerana kita tidak mahukan Akhi Juliet atau Ukhti Romeo.
Kita mahukan Akhi Ali dan Ukhti Fatimah!


jangan sampai orang fikir macam ini. hentikanlah luahan 'cinta islamik' itu...
kalau betul pun cinta, simpan sorang-sorang sudahlah.

“Alhamdulillah!”
Megat Shahr Al-Imran,
Baiti Jannati,
11:58 pm   8 Jun 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!