"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Thursday, May 9, 2013

Motivasi : Kamu da'ie?

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~


*****

Suasana di tempat itu senyap, semua orang sedang fokus. Seorang da’ie bercakap di atas pentas. Suaranya bergema, penuh tenaga, tentu sahaja bersemangat sesiapa sahaja yang mendengarnya.



“Kamu semua ini, kalau tak junjung perintah Allah, tak akan berjaya! Percayalah!”

Maka ditadabburinya Surah Muhammad, ayat 7.


*****
47:7 

“Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.” [QS. Muhammad, 47:7]

*****

“nampak? Untuk berjaya, kita perlu junjung perintah Allah! Ini tidak, waktu subuh, zohor, asar, ke mana kamu semua? Ikhilat tak terjaga, ingat boleh berjaya ke?”

Lalu dibandingkannya dengan sebuah tempat lain, di mana diberitakan kehadiran subuhnya menakjubkan Penuh setiap kali waktu solat, bahkan hari-hari mereka sentiasa diisi dengan program-program keimanan.

“Cuba lihat! Mereka itu, dah sangat hebat! Kita semua ni, memang tak layak nak bersaing dengan mereka!”

Kemudian da’ie tersebut terus-menerus menghentam mereka dengan dahsyat sekali. Diberi surah Al-A’raaf ayat 96, Surah Al-Ankabut ayat 69.

Bahkan kalau boleh satu Quran itu nak diberi! Marah sangat kononnya dengan perangai orang-orang yang tidak pernah disentuh tarbiyah ni!

“Jadi saya nak, selepas ni, surau mesti penuh setiap masa! Jaga ikhtilat! Buat itu! Buat ini! Bla3...”

*****

Senyum. Geleng kepala.

Seandainya tugas da’ie sebegitu mudah, pasti senang jalan da’wah ini!

Hanya perlu berceramah di surau-surau, masjid-masjid, kemudian semua orang bakal beriman. Semua orang bakal menjadi hebat, bak Apprentice Syeikh Yusuf Qaradhawi, jadi Sayyid Qutb generasi moden, penerus Hasan Al-Banna abad ke 21!

Namun tugas Da’wah bukannya semudah itu.

Da’wah bukan semudah memasak maggi di dalam bilik. Tidak sepantas kilat yang menyambar, bahkan lebih kompleks daripada problem matematika!

*****
16:125  

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” [QS An-Nahl, 16:125]
***** 

 Da’wah itu seni memenangi hati. Mengikat hati, seterusnya menarik hati-hati itu bersama agar menuju syurga! Da’wah yang seterusnya membina ukhuwah, membentuk masyarakat bahkan sebuah empayar islam! Semuanya bermula dengan hati!

Bahkan Rasulullah SAW sendiri, memulakan da’wahnya dengan menyentuh hati para sahabat. Rasulullah tidak terus memarahi para sahabat atas kesalahan yang mereka sendiri masih belum tahu. Rasulullah SAW menegur dengan berhikmah, sehingga para sahabat bahkan jatuh cinta pada baginda. Itulah kuasa hati.

Da’ie yang mahu mengubah dunia, perlu berusaha keras dalam mengubah diri sendiri dan orang sekeliling. Maka tugas yang berat ini bukannya boleh dilakukan dengan kekerasan, kerana manusia bukannya robot yang akan patuh pada paksaan. Mereka yang tidak berada dalam tarbiyah ini perlu didekati dengan hati, bukan dengan belati!

Namun apabila da’ienya sendiri mula futur, mula melihat kepada dunia, menggemokkan diri dengan maksiat, da’wah yang dibawanya bukan lagi datang dari hati. Dari otak mungkin, tapi bukan hati yang bersih. Pemikirannya mula tertumpu pada perubahan ‘besar’ kononnya.

Lalu di mana perubahan hati? Sabar bro, sedikit-sedikit!

Da’ie yang hebat, bukannya seorang da’ie yang hanya tahu bercakap, ‘bersembang lebat’, berceramah tanpa henti, sedangkan dirinya sendiri tidak terjaga.

Da’ie yang hebat, memenuhi harinya bukan sahaja dengan amalan diri sendiri, bahkan menyelami masalah umat, memenangi hati mad’u, dan menariknya daripada terjatuh ke jurang neraka!

‘Sembang lebat’ bukan satu-satunya kerja para da’ie.
 Banyak. Terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!