Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.... "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”
Bayangkan:
*****
Kita tersedar daripada tidur. Lantai terasa lembut. Kasar dan tidak rata. Tanah rupa-rupanya.
Entah kenapa, sekeliling terasa begitu gelap. Hanya samar-samar kelihatan sekeliling.
Tangan mula meraba-raba. Ada kepingan-kepingan keras. Daun rupanya.
Penglihatan mula jelas sedikit. Pohon-pohon kelihatan dari segenap arah. Kedengaran sayup-sayup suara salakan serigala. Juga bunyi cengkerik yang menemani kegelapan malam.
Nampak macam di hutan. Tapi hutan mana pulak?
Kita mula berjalan. Tiada arah yang dapat dituju, melainkan bergerak terus menurut sahaja ke mana langkah kaki membawa kita. Sesekali tersadung akar pokok yang besar.
Beberapa lama kemudian…