"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Friday, May 6, 2011

Diari: Sesungguhnya Janji Allah itu benar!!!

Cerita benar. 30 April 2011, saya melalui satu pengalaman yang sangat menginsafkan. Waktu itu saya pergi ke kedai gunting rambut untuk memotong rambut yang dah agak lebat ni. semoga cerita ini memberi pengajaran buat semua.

Janji Allah itu benar!!!


*****
Saya masuk ke kedai tersebut. Kelihatan seorang penggunting dan dua orang pelanggan didalamnya. Seorang sedang digunting rambutnya, dan seorang lagi sedang menunggu. Pelanggan tersebut islam, dan penggunting tersebut berbangsa india. Saya pun duduk sambil menunggu. Perkara yang mengejutkan saya, mereka bercakap tentang sesuatu yang sangat saya tak sangka akan diperkatakan oleh orang islam.

“er, macam mana nak tahu kita ada luck ke tak, ha?” kata pelanggan yang sedang dilayan.

“oh, itu senang sahaja. Awak ambil itu nombor pusing 24 kali, beli 3 yang lain-lain. Kalau ada kena, adalah luck tu. tapi kalau tak ada, saya nasihat lebih baik jangan main. Rugi sahaja.” Jawab penggunting itu.

“oh. Kitorang selalu buat, tapi tak pernah kena. Paling hebat pun, abang ipar saya ni. itu pun dapat saguhati je.” Kata pelanggan tersebut sambil menunjukkan ke arah pelanggan yang sedang menunggu.

Saya tercengang. Biar betul, orang islam pun main? Bukan dah kuat kuasa undang-undang ke? Hati berbicara.

“saya haritu, hampir nak kena. Ambil 0053, keluar 0030. Sikit saja lagi. Ish.” Tambah penggunting itu lagi.

“itulah. Orang kata kalau dah bukan rezeki, memang takkan dapat.”

Aik, tau pasal rezeki tapi main juga? Kataku sendirian lagi.

Hampir saja terkeluar daripada mulut ‘judi itukan haram.’ Malangnya tidak kesampaian. Lalu saya memutuskan untuk memendamkan sahaja didalam hati. Al-quran dikeluarkan daripada poket lalu dibaca perlahan-lahan.

Kemudian, anak kepada pelanggan pertama tersebut menghampiri. Masih kanak-kanak, mungkin belum bersekolah. Akan tetapi dia ditarik oleh ayahnya yang baru sahaja selesai menggunting.

“abang tu baca quran, jangan kacau.”

Oh, tahu hormat al-quran. Tapi kesian sungguh. Hatiku berbisik semula.

Selepas selesai pelanggan kedua digunting, penggunting itu berkata.

“ok, dah siap. Abang mana?”

“dekat luar. Sekejap saya bawa dia masuk dalam” pelanggan pertama menjawab seraya keluar.

Kemudian, dia masuk semula bersama isterinya (tak pakai tudung! Astarghfirullah....). mereka membawa seorang anak lelaki, berkemungkinan berumur dalam lingkungan darjah 4-6. Yang mengejutkan, anak itu kelihatan seperti mempunyai pemikiran terbantut.

“habis lah abang, gunting rambut.” Kanak-kanak tadi berkata.

Mereka meletakkannya diatas kerusi. Sesi menggunting dimulakan. Tetapi sesuatu yang sangat menyayat hati berlaku.

“ahhh... arrr... ahhh...” kata anak lelaki tersebut (lebih kurang begitulah bunyinya) sambil meronta tetapi tidak kuat.

Bapa dan ibunya terpaksa memegang budak tersebut untuk menahannya semasa proses pengguntingan berjalan.

Begitu menyayat hati. Saya sendiri berhenti membaca al-quran melihat kejadian tersebut. Begitu sedih hati ini.
Tidak lama kemudian, mereka selesai dan keluar. Kini tinggallah saya bersama penggunting itu. Saya pun mengambil peluang bertanya mengenai keadaan budak lelaki tadi.

“itu, oku itu. Yang otak dia, kurang sikit itu lah.” Jawabnya sambil terus menggunting rambut saya.

“oh, ok saya faham.”

“tak boring ke? Baca ni. mana tahu ada kena.” Katanya lagi sambil menunjukkan sehelai kertas yang menunjukkan keputusan ‘4D’ yang saya agak ada kena mengena dengan dua orang tadi.

“haha. Saya tak beli la ini. Haram dalam islam.”

“oh ye ke?”

“ya. Islam mengharamkan judi.”

“oh. Saya paham”

Sesi menggunting diteruskan. Sebaik selesai segala urusan, saya pun pulang ke rumah. Dalam perjalanan, teringat ayat yang saya tadabbur bersama mutarobbi-mutarobbi dalam sesi halaqoh yang lepas.

*****

Sesi halaqoh diadakan pada hari selasa, kerana pada hari khamis yang lepas telah terhalang oleh aktiviti maktab. Yang menakjubkan, walaupun waktu itu sepatutnya mereka perlu mengulangkaji, ramai yang hadir dalam sesi tersebut.

Bersemangat betul mereka ni, bisik hati terharu.

Kemudian, majlis dimulakan. Seperti biasa, selepas peringatan mengikhlasklan niat, alquran dibaca memenuhi peranannya sebagai pedoman dunia dan akhirat. Pada malam itu dibaca surah al-baqarah ayat ke 38 sehingga 72, menyambung bacaan minggu lepas.

Tiba ke sesi mentadabbur, seorang mutarobbi mengemukakan satu ayat.

“dan Sesungguhnya telah kamu ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu Kami berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".”
(QS2. Al Baqarah ayat 65)


Beliau kurang memahami ayat tersebut. Lalu saya menjelaskan kepada semua,

“sebenarnya orang-orang yang melakukan pelanggaran pada hari sabtu ni untuk yahudi. Allah sebenarnya dah tetapkan hari sabtu ni hari khusus untuk mereka beribadat. Tak boleh memburu atau menangkap ikan. Tapi mereka ni melanggar peraturan tersebut. Jadi Allah kata apa kepada mereka?”

“jadilah kamu kera yang hina.” Seorang mutarobbi menyahut.

“betul. Bukankah Allah maha berkuasa? Allah nak apa-apa terjadi, cuma perlu kun, fayakun. Allah kata ‘jadilah’, maka terjadilah. Subhanallah, betapa hebatnya Allah. So Allah dah tetapkan kepada orang-orang yang melanggar peraturan ni, jadilah mereka kera yang hina. Ada ahli tafsir kata betul-betul jadi kera, ada juga yang kata memiliki sifat-sifat seperti kera.”

Saya menyambung,

“dan dalam konteks kita pada hari ini, kita boleh umpamakan melanggar perintah Allah. Bukankah golongan tadi tu melanggar perintah Allah? sama juga. Maknanya sebagai pengajaran yang tersirat dalam ayat ini,”

“kalau kita langgar perintah Allah, Allah kata ‘jadilah kera yang hina’.” Seorang lagi mutarobbi menjawab.

“bagus! Betul. Kita nak ke jadi kera yang hina? Dah lah kera, hina pulak tu. kan kera hina disisi manusia, tambah lagi hina pula disisi kera. Dalam golongan kera pun dianggap hina lagi. Kalau kera yang mulia, ok lah kan. Walaupun hina disisi manusia, tapi sekurang-kurangnya mulia disisi kera. Tapi yang ini, hina disisi dua-dua! Nak ke kita jadi macam tu?”

“tak....” mereka menyahut.

*****
Hati mula sebak. Teringat kata-kata seorang ikhwah,

“dia sebenarnya macam satu hukum karma. Apa kejahatan yang kita buat, akan ada kejahatan juga yang kembali kepada kita.”

Juga kata-kata murobbi,

“kadang-kala kalau sesuatu yang buruk berlaku kepada kita, cuba kita fikir balik. Sebab kadang-kala mungkin ia sebab dosa yang kita lakukan. Mungkin Allah jadikannya sebagai petunjuk.”

Akhir sekali, ayat ustaz,

“kalau kita buat kebaikan kat orang, esok lusa ke suatu hari nanti orang buat kebaikan kat kita. Sama juga kalau kita buat kejahatan kat orang, esok lusa ke suatu hari nanti orang buat kejahatan kat kita. Kalau bukan kita, mungkin ahli keluarga kita. Mungkin anak-anak kita, mungkin saudara mara kita, mungkin isteri kita, mungkin cucu-cicit kita. Sebab tu, berhati-hatilah dalam setiap tindakan kita.”

Bukankah memang hukum alam, setiap kejahatan akan dibalas dengan kejahatan? Mungkin kita tidak merasainya, tapi anak cucu kita? Relakah kita jika keturunan kita merasai akibat perbuatan kita?

Malah janji Allah sendiri sudah terbukti benar! Kejahatan yang kita lakukan akan kembali kepada kita.

Akhir kata, ingatlah apa yang kita lakukan kepada kita akan mempengaruhi apa yang orang akan lakukan kepada kita. Dan ingatlah, sesungguhnya janji Allah itu benar!!!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!