"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Monday, April 25, 2011

cerpen: bingkai kehidupan

Bismillahirrahmanirrahim....
.........السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Buat semua da'i yang tidak pernah mengalah dalam perjuangan dakwah, terimalah sebuah cerpen nukilan khas buat antum semua. 'Bingkai kehidupan'......


*****
“akhi, kenapa ni?”  tanya imran.

“ana letihlah akhi. Rasa tak boleh nak tahan dah.”  Jawab zulfakar. Termenung.

“maksud antum?”

“dah berapa lama kita start dakwah ni. Tapi malang berapa ramai je yang kita dapat tarbiyyah.”

“antum letih sebab tu je ke?”

“Errr....”

“tak apa. Ana paham. Tapi cuba antum fikir balik. Bukan tugas kita untuk beri hidayah kepada orang.  Tugas kita Cuma menyampaikan risalah Allah. Itu aje. Ingat firman Allah:

“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”
(QS28. Al Qashash ayat 56)

Antum jugak tak sepatutnya lemah macam ini. Kan Allah dah bagitahu. wala tahinu, wala tahzanu. wa antumul a'lau,in kuntum mu'minin...”

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
[Q.S. Ali-Imran,3:139]


“ana tahu. Tapi macam mana kita nak teruskan dakwah kalau kita selalu terhalang dengan perkara-perkara lain? Tak habis-habis kena dengan orang lain.”

Antum kena ingat, islam itu ganjil, dan akan kembali menjadi ganjil. Tak apa, biarlah kalau mereka nak anti pun. Paling teruk, diorang cuma kutuk belakang je. Tak memudaratkan pun.”

“errrr... ok ana kuatkan semangat.”

“macam tu lah. Sekejap, ni mesti tertinggal tahajjud ni.”

“err.... macam mana antum tahu?”

“hehe... dah agak. Ada dalam Al-Quran.

Hai orang yang berselimut, bangunlah (untuk sembahyang) di malam hari, kecuali sedikit (daripadanya), (yaitu) seperduanya atau kurangilah dari seperdua itu sedikit. atau lebih dari seperdua itu. dan bacalah Al Quran itu dengan perlahan-lahan. Sesungguhnya Kami akan menurunkan kapadamu Perkataan yang berat.
[QS al-muzammil,73:1-5]


Allah sendiri dah kata, kalau kita tahajjud, Allah akan beri kita perkataan yang berat. Maksudnya kat sini ialah hujah yang kukuh. Sebab tu lah masa dua tahun pertama dakwah bermula, Allah wajibkan solat malam. Ingat tau akhi.”

“ok. Jazakallah khair akhi.”

“waiyyakum. Ok ana ada kerja nak buat. Assalamualaikum.”

“waalaikumussalam.”

*****
Jam 5 petang hari yang sama. Selepas solat asar berjemaah,

“akhi imran, jom bertolak!”  kata zulfakar.

“ok. Sekejap ana ambil bahan.”

Mereka mengendalikan halaqah di sebuah pusat pengajian menengah berasrama penuh, bernama MRSM PDRM. Jauh perjalanan lebih kurang dua jam dari kawasan mereka. Seterusnya, dalam perjalanan mereka, tiba-tiba Zulfakar bersuara.

“akhi, antum tahu tak? Ikhwah-ikhwah di sana semua semangat-semangat belaka. Mereka mesti tengah tunggu kita. Seronok betul dapat lihat wajah-wajah ikhwah-ikhwah fillah yang bersemangat macam diorang.”

“alhamdulillah, sekurang-kurangnya ada yang masih mempunyai keinginan untuk menegakkan agama Allah. Masih ada yang hati mereka belum ditutup dengan kegelapan zaman fitnah ni.” Kata imran.

“Tapi..... Macam mana kalau lama-lama diorang terpesong balik?” zulfakar mula bertanya.

“ingat akhi. Setiap anak adam melakukan dosa. Tapi rasulullah kata, sebaik-baik orang yang berdosa ialah orang yang bertaubat. lagipun cuba antum think positive. Kita tak akan tahu apa yang berlaku sebelum ia berlaku. Apa kata kita bersangka baik dulu. Kan lebih baik begitu.”

“ok ana paham.”

Perjalanan diteruskan seperti biasa. Kereta dipandu imran.

*****
 Sampai di satu selekoh. Kira-kira 45 minit dari destinasi. Tiba-tiba kereta kehilangan kawalan. Kereta diberhentikan. Kelihatan bahagian enjin sedang berasap.

“masya-Allah. Macam mana ni akhi?” tanya zulfakar.

“tak apa. Antum cuba bertenang. Kereta ni tak apa. Yang penting ikhwah-ikhwah tengah tunggu tu. kita tak boleh lewat.”

“err.... ana tak ada idea....”

“ana tahu. Kita telefon akhi firdaus. Dia tinggal dekat-dekat sini je kan. Untuk kereta ni, antum telefon suruh tarik. Nanti kita fikir lain. Yang penting kita kena sampai sana cepat. Halaqah kita lebih penting dari setakat kereta ni.”

Zulfakar menelofon bengkel yang terdekat, sementara imran menelefon salah seorang ikhwah juga, iaitu akh firdaus.

“assalamualaikum akhi. Ana nak minta tolng sikit boleh?” imran memulakan.

“waalaikummusalam. Insya-Allah ana cuba bantu. Ada apa?”

“macam ni, kami ada di highway, dan kereta ana.....”

Imran menceritakan apa yang berlaku.

“antum still nak handle halaqah antum walaupun dalam keadaan macam ini? Hebat....” firdaus mengagumi kesungguhan imran.

“kita tak boleh jadikan ni sebagai satu alasan. Sebab mungkin ni satu ujian. Kan untuk melakukan ketaatan, memang akan selalu Allah datangkan ujian. Sebab Allah nak nilai siapa yang benar-benar ikhlas dalam ketaatan tersebut.”

“ok. Macam ni. Ana datang. Tapi ana cuma ada motor je. Ana bawa dua, nanti ana tumpangkan zulfakar, so antum tunggang sendiri. Antum reti tak?

“ish takkan tak reti. Ok. Ana sangat hargai kalau antum dapat tolong.”

“ok. Lagi 10 minit ana sampai.”

“syukran akhi. Uhibbuka fillah.”

“afwan. Ok assalamualaikum.”

“waalaikumussalam."

*****

10 minit kemudian. Firdaus datang menaiki motor Yamaha LC.

“zulfakar, jom ikut ana. Imran, tu antum punya.”

firdaus menunjukkan kearah sebuah lagi Yamaha LC dibelakangnya, yang dibawa oleh sebuah trak Pengawal Lebuhraya Plus.

“ana tak tahu macam mana nak bawa, so ana minta tolong diorang aje lah.”

“ana tak tahu macam mana nak berterima kasih. Bersyukur sangat...”

Mereka pun meneruskan perjalanan dakwah mereka, kini menaiki motor. Semangat dakwah masih tidak luntur dalam diri mereka.

*****

Sampai di satu selekoh. Terdapat sebuah lopak air yang besar.

“imran! Elak cepat!”

Firdaus sempat mengelak lopak tersebut. Malangnya, imran gagal mengelaknya. Imran tergelincir jatuh daripada motor. Dia terseret sehingga hampir terlanggar penghadang jalan. Tambahan, kaki imran terselit di celah-celah jejari tayar motor tersebut.

“arrrgggghhhh!!!!”

“Masya-Allah! Imran!”

Zulfakar berteriak. Dia terlihat imran terjatuh. Firdaus segera memberhentikan motosikal. Zulfakar segera melompat dari motosikal. Dia bergegas ke sisi imran.

“aduh.... Ujian, ujian....” kata imran.

“masih nak buat lawak lagi? Antum dah teruk lah!”

“tak apa. Ergghh... firdaus, tolong panggilkan ambulans.”

Firdaus yang baru sampai di situ terus menghubungi ambulans. Beberapa lama kemudian, imran dikejarkan ke hospital.

“bertenanglah, ana tak apa-apa.” Imran cuba menenangkan zulfakar yang kegelisahan.

“ana nampak sendiri macam mana antum jatuh. Antum teruk ni.”

*****

Setibanya di hospital,

“firdaus, imran panggil.” Kata doktor. Imran ketika itu sedang berada di wad. Sepatutnya dia tidak boleh dilawat pada masa ini. Dia perlu berehat. Namun imran meminta pengecualian bagi firdaus kepada doktor.

“akhi, antum kena tolong ana....” kata imran sebaik sahaja firdaus masuk.

“ada apa akhi? Insya-Allah ana tolong.”

“ni bahan untuk halaqah. Tolong gantikan ana.”

“apa? Antum dah macam ni pun masih fikir tentang halaqah jugak?”

“diorang mesti tengah tunggu. Cepat.”

“ish... ok lah...”

“lagi satu.” Kata imran semasa firdaus hendak keluar.

“apa?”

“tentang zulfakar. Ana tahu mesti dia sedih. Tolong bagi dia semangat.”

“ok.”

“dan last, bagi ni kat dia.”

Imran menghulurkan sekeping kertas berlipat kepada firdaus. Firdaus mengambilnya dengan berat hati.

“ok. Ana gerak dulu. Antum jaga diri. Asalamualaikum.”

“waalaikumussalam.”

*****

“akhi, imran macam mana?” tanya zulfakar.

“dia ok. Dia suruh kita teruskan perjalanan. Ni bahan halaqah. Ana ganti dia.”

“apa? Takkan dia nak teruskan jugak?”

“ana pun dah cakap perkara yang sama. Tapi dia bertegas nak kita pergi. Kita terpaksa ikut ajalah..”

“tapi...”

“lagi satu. Imran bagi ni.”

Firdaus menghulurkan kertas tersebut kepada zulfakar. Zulfakar membacanya. Kemudian, wajah zulfakar mula berubah. Daripada gelisah kepada sebak. Air matanya bercucuran membasahi kertas tersebut. Firdaus hanya memerhatikannya. Setelah beberapa lama membaca, zulfakar melipat dan menyimpan kertas tersebut di dalam poketnya. Dia berkata kepada firdaus. Biarpun mukanya masih sebak, namun kedengaran nada nekad dalam suaranya.

“jom akhi. Kita tak boleh hampakan imran.”

Firdaus hairan dengan reaksi zulfakar, walaubagaimanapun tetap mengikut zulfakar. Mereka meminjam kereta ayah firdaus untuk mengelakkan berlakunya sebarang lagi kemalangan. Tambahan, hari sudah hujan dengan lebat. Jam menunjukkan jam 6 petang.

Dalam perjalanan, sebelum sampai ke destinasi, imran bersuara.

“akhi, antum tahu tak apayang imran tulis?”

“errr.... ana takut nak tengok. Lagipun itu kan untuk antum.”

“nah.”

Dihulurkan semula kertas tersebut. Firdaus pula yang membacanya.

Untuk:akhi zulfakar

                Akhi, ana tahu mesti antum sedih atas apa yang berlaku hari ini. Mula-mula antum hilang semangat, lepas tu kereta rosak, dan sekarang ana pula kemalangan.

                Tak apa, jangan risau. Ana tak serius pun. Paling teruk cuma patah kaki. Itu je. Tapi antum kena kuatkan semangat. Ingat apa yang ana kata pagi tadi. Antum jugak tak sepatutnya lemah macam ini. Kan Allah dah bagitahu. wala tahinu, wala tahzanu. wa antumul a'lau,in kuntum mu'minin...”

“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (derajatnya), jika kamu orang-orang yang beriman.”
[Q.S. Ali-Imran,3:139]

Ingat. Kita ada tugas yang besar. Menyampaikan dakwah. Tapi dalam perjuangan kita memang akan selalu datang ujian. Allah sendiri dah bagitahu:

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, Padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat.”
(QS2. Al Baqarah ayat 214)

Sebab tu,ana nak antum tetap teruskan perjuangan. Jangan jadikan ujian sebagai alasan untuk kita hentikan perjuangan kita. Ingat, allah dah kata:

“siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang saleh, dan berkata: ‘Sesungguhnya aku Termasuk orang-orang yang menyerah diri.’?"
(QS41. Fushshilat ayat 33)

Tapi, ana nak antum ingat. Antum jangan buat ni sebab antum nak penuhi permintaan ana. Ingat, buat semua ni sebab cari redha Allah. Kan setiap orang mendapat apa yang dikehendakinya? Kalau antum teruskan perjuangan semata-mata nak penuhi permintaan ana, antum Cuma dapat penuhi permintaan ana je lah. Yang lain: pahala, kemuliaan, penghormatan, semua antum takkan dapat. So ingat. Buat ni semua lillahi taala.

Ana rasa itu je lah. Ana tak larat nak tulis panjang-panjang. Dengan kaki sakit (hehe, gurau je....), ana Cuma boleh tunggu berita gembira daripada antum dengan ikhwah-ikhwah lain menandakan antum dah laksanakan tugas antum sebagai da’i. last, ana nak agi satu lagu kat antum. Cuba antum dengar. Tajuknya,’ Shoutul harakah- Bingkai kehidupan.’

Bingkai kehidupan
Mengarungi samudra kehidupan
Kita ibarat para pengembara
Hidup ini adalah perjuangan
Tiada masa tuk berpangku tangan

Setiap tetes peluh dan darah
Tak akan sirna ditelan masa
Segores luka dijalan Allah
Kan menjadi saksi pengorbanan

Allah ghayatuna
Ar-Rasul qudwatuna
Al-Quran dusturuna
Al-Jihadu sabilluna
Al-Mautu fi sabilillah asma amanina

Allah adalah tujuan kami
Al-Quran pedoman hidup kami
Jihad adalah jalan juang kami
Mati di jalan Allah adalah
Cita-cita kami tertinggi.....

Oklah antum. Ana harap antum teruskan perjuangan. Ingat, lillahi taala. Doakan ana selamat dan pulih.

Teringin sangat nak berjuang bersama. Asalamualaikum......
{Akhi Imran}

Firdaus pula mula sebak. Surat yang sangat ikhlas. Datang daripada seorang yang sangat bersemangat dalam dakwah.

“jom akhi. Lillahi taala.” Kata firdaus.

 Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan ikhwah-ikhwah sedang menunggu. Sebahagian yang gelisah kerana keterlewatan mereka berubah gembira dengan kedatangan mereka. Kesemuanya mengukir senyuman ikhlas.

“maaf kami lambat. Kenalkan, ni akhi firdaus. Dia akan gantikan akhi imran untuk minggu ini.”

“akhi imran ada apa?”

“akhi imran sebenarnya.... kemalangan. Dalam perjalanan ke sini tadi. Tak apa, kita doakan dia selamat dan pulih secepat mungkin.”

“amin....”

Halaqah diteruskan. Zulfakar dan firdaus berusaha menyampaikan tarbiyyah dengan sebaik mungkin. mereka masing-masing faham, tiada alasan bagi mereka meninggalkan dakwah. Imran telah memberikan satu pengajaran yang sangat berguna bagi mereka.

“akhi, ana kagum dengan antum. Sugguh besar pengorbanan antum untuk perjuangan dakwah. Ana doakan antum selamat dan pulih cepat. Amin....”

“dan di antara manusia ada orang yang mengorbankan dirinya karena mencari keridhaan Allah; dan Allah Maha Penyantun kepada hamba-hamba-Nya.”
(QS2. Al Baqarah ayat 207)

*****

1 comment:

  1. SUBHANALLAH....MOGA ALLAH THABATKAN HATI2 KITA DI JALANNYA..MOHON SHARE. SUKRAN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!