"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Friday, April 8, 2011

Pentingnya sahabat!!


“wei, aku tak puas hati betul dengan dia tu.”

“tapi kenapa? Kan dulu korang rapat?”

“itu dulu. Tak apa lah, dah dia ingat aku ni macam hamba dia. Dia ingat aku ni tak ada perasaan. Kawan apa entah macam tu.”

“kenapa ni?”

“Adalah peristiwa tu. Tak apalah. Mula-mula aku ingat nak gerakkan dakwah sekali dengan dia,tapi sekarang biarlah. Aku taknak campur urusan dia dah.”

Sikap sebegini tidak sepatutnya ada pada seorang muslim. Hal ini kerana setiap muslim adalah bersaudara. Sabda rasulullah:

tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga kamu menuukai bagi saudaramu apa yang disukai bagi dirimu juga.”

Adakah kita mahu keadaan kita jadi sebegini? Bayangkan , disebabkan satu kesalahan kecil, satu usaha dakwah yang besar tergendala. Hal seperti ini terjadi apabila kedua-dua mempunyai ego masing-masing.

Masing-masing tidak mahu mengalah. Si pesalah tidak mahu mengaku kesalahan dan meminta maaf, manakala orang yang diperlakukan pula tidak mahu memaafkan kesilapan orang tersebut.

Ya, memang tidak dinafikan bahawa kita mempunyai hak untuk tidak memaafkan seseorang jika dia tidak meminta maaf kepada kita, tetapi alangkah indahnya jika kita berusaha menjadi seorang yang pemaaf.

Sahabat. Teman. Mereka begitu penting dalam hidup kita, tidak kiralah dalam pekerjaan apa pun. Manusia tidak dapat hidup seorang diri. Tidak pernahkah kita terfikir, nabi adam a.s pernah dimasukkan ke syurga, tapi baginda kesunyian lalu Allah pun menciptakan isterinya iaitu hawa daripada tulang rusuknya. Bayangkan, kesunyian di syurga? Nikmat berada di syurga digambarkan begitu indah sekali, tetapi bagaimana kita masih boleh merasa kekurangan?

Peranan teman atau sahabat, terutamanya dalam perjalanan  dakwah sangatlah besar. Bayangkan jika kita berdakwah seorang diri, di tengah masyarakat yang menggelar diri kita sebagai ‘pelik’ atau ‘ganjil’? pasti kita akan berasa sangat lemah lalu akhirnya kalah kepada manusia. Di sinilah kepentingan sahabat dalam perjalanan dakwah. Pada saat kita lemah, mereka inilah yang akan memberi semangat kepada kita. Sabda rasulullah:

                “agama (iman) kamu atas agama (iman) rakan kamu”

Menurut buku ‘penawar bagi hati’ oleh abdul aziz ismail, menurut imam al-ghazali, antara cara mengesan aib ialah berdamping dengan orang-orang yang soleh. Mengapa dikatakan sebegini? Kerana jika kita lemah, sahabat kita inilah yang akan membantu kita. Contohnya, kita dipandang pelik oleh masyarakat semasa berdakwah. Apa akan jadi pada kita sekiranya kita sendirian? Pasti kita akan merasa sangat-sangat lemah.

Tetapi dengan adanya sehabat di sisi, percayalah perkara tersebut akan menjadi sungguh mudah! Kita saling bantu-membantu! Betapa ajaibnya kekuatan dalam ukkuwah.

Firman Allah dalam Al-Quran:

“Dia (Allah) menyukai orang-orang yang berjuang di jalannya dalam saf (barisan) yang tersusun rapi, seperti sebuah bangunan yang tersusun kukuh.”  (as-saff: 4)

Jadi janganlah oleh kerana ego kita yang kecil itu, hancurlah satu hubungan persahabatan yang pada asalnya dijalin kerana Allah, atas dasar dakwah. Ingatlah tiada sesiapa yang sempurna, dan:

“cintailah kekasihmu sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi pada suatu hari nanti ia akan menjadi orang yang engkau benci. Dan bencilah orang yang engkau benci sekadarnya sahaja, kerana boleh jadi orang yang engkau benci itu akan menjadi kekasihmmu.”
 -saidina ali bin abi talib-

Percayalah, kita mungkin tidak menyukai seseorang itu, tetapi boleh jadi pada suatu hari nanti dia akan menjadi seorang yang paling rapat dengan kita. Tidakkah kita hairan apabila pasangan suami isteri, kebanyakannya adalah mereka yang selalu bertengkar sewaktu di universiti? Perkara sebegini banyak berlaku. Mengapa? Renungkanlah semula kata-kata saidina ali di atas....

Sebagai sahabat, berkasih sayanglah diantara kita kerana Allah. Sebaik-baik sahabat ialah yang sentiasa menjadikan kita ingat kepada Allah. Ingatlah, kita perlu menjadi sahabat yang terbaik. Di samping kita bersahabat, terapkan nilai-nilai murni dalam diri sahabat kita itu. Semoga hubungan persahabatan kita semua akan diredhai Allah dan dapat membawa kita ke syurga-Nya. Aminn....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!