"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Sunday, May 29, 2011

Bagaimana menulis cerpen?





Sedikit tips daripada Akhi Khir Johari  ( ikhwah, dan juga blogger ‘Inilah Masanya’, http://mohamadkhirjohari.blogspot.com/)
(idea daripada beliau, olahan saya sendiri)


1.     Ikhlaskan niatmu

Kalau kita menulis, ramai orang lain yang juga menulis seperti kita. Namun, apa bezanya kita dengan mereka? Niat. Mungkin ada yang menulis untuk berseronok, mengisi masa lapang. Namun kita sebagai da’I, mempunyai tujuan yang jauh lebih murni dan besar daripada sekadar berseronok. Kita hendak berdakwah. Bukan berseronok.

Niat inilah yang akan memandu arah penulisan kita, umpama sebuah stereng kenderaan. Jika lurus arahnya, insya-Allah akan sampai juga kita. Walaupun kadangkala terpaksa menyeberangi lautan berduri, namun keikhlasan niat yang dipegang dengan kukuh mampu membawa kita ke hadapan, sekalipun kita umpama menaiki rakit menentang arus.



2.     Berikan pembaca rasa ingin untuk membaca lagi apa yang kita tulis

Tidak semua da’i mampu menulis, sama sepertimana tidak semua orang mampu  menjadi doktor. Jadi kita yang ‘mampu’ ini, sepatutnya menjadi mereka-mereka yang menggunakan kebolehan kita untuk meraih redha Allah yang telah memberikan ke‘mampu’an terhadap kita.

‘fuse’kan antara pengalaman sendiri, pengalaman ikhwah atau sahabat, sirah, dan mungkin pengetahuan kita sendiri. Jadikan gabungan antara semua itu sebagai sebuah cerita yang mantap dan hebat.


3.     Lakarkan kesan perubahan di hati pembaca

Penulis adalah pemimpin pemikiran ummah, bukankah begitu? Apa yang pembaca itu akan jadi adalah kesan daripada sentuhan anda, yang sudah pasti dengan izin Allah.

Anda umpama pemanah, yang mana anak panah anda sepatutnya berteraskan ‘islahun nafs’ (memperbaiki diri) dan ‘musleh’ (memperbaiki orang lain). Dan sasaran anda terletak pada hatinya. Afwan, tetapi kita sebenarnya boleh dikatakan gagal jika pembaca kita hanya berseronok membaca cerpen kita, tanpa ada kesan di dalam hatinya.

Contohnya,  “ http://umairzulkefli.blogspot.com/2009/12/kupinang-engkau-dengan-al-quran.html ”. cerpen yang sangat menyentuh hati, memberikan keinginan untuk kita berubah, bukan sekadar keinginan, malah juga semangat. Seterusnya cerpen kita yang akan menjadi titik perubahan pembaca tersebut, iaitu “centre of rotation” di mana cerpen kita mampu memberi semangat untuk pembaca berpusing sebanyak 180o. Ya, itulah kejayaan yang sebenarnya. Kejayaan di sisi Allah.



4.     Akhirnya, berusahalah! Hidupkan cerpenmu!

Untuk seseorang menjadi engineer contohnya, sangat sukar. Sekurang-kurangnya memerlukan 5 tahun. Setahun untuk asasi, dan 4 tahun Degree. Seperti juga seorang penulis. Bukan seorang yang tiba-tiba hebat pada awalnya secara terus. Mungkin pencapaian pada awalnya sangat teruk.

Cuba kita lihat semula buku matematik kita di sekolah rendah, bukankah kita akan berkata “senangnya!” bukan? Tetapi jika diingat kembali, soalan itulah yang membuatkan kita berhempas pulas memerah otak suatu ketika dahulu. Itu fitrah manusia, dilahirkan dalam keadaan lemah. Namun kita perlu memperbaiki diri.

Jangan jadi seperti “burung di dalam sangkar” yang ‘biasa’, tetapi jadilah “burung di dalam sangkar” yang ‘luar biasa’. Burung di dalam sangkar yang ‘biasa’, hanya akan terbang di dalam sangkarnya sahaja. Ia sentiasa dibelenggu sangkar yang menyeksakan di sekelilingnya. Tetapi, burung di dalam sangkar yang ‘luar biasa’ tidak seperti itu. Ia akan sentiasa berfikiran optimis dan berusaha keras untuk keluar daripada sangkar, “by hook or by crook”. Malah kadangkala ia nekad untuk menerbangkan sangkarnya bersamanya sekali jika perlu.



Penulis yang hebat bukanlah penulis yang tidak pernah gagal. Malahan penulis yang hebat sebenarnya ialah penulis yang mampu bangkit semula selepas mengalami kekalahan. Masih mampu mengangkat anak panah, mengacu dan memanah dengan penuh keyakinan supaya anak panah ‘islah’nya mampu menembusi hati pembacanya. Bahkan walaupun tidak mengena dengan tepat, dia masih mampu menarik lagi panah yang lain untuk diacukann semula. Itulah penulis yang hebat.

3 comments:

  1. hehe.. syukran jazakallahu khairan ya akh..

    moga antum terus tsabat dan teguh serta istiqomah atas jalan dakwah..

    jadilah muslim + mu'min yang bergaya.. =D

    bergaya dengan al-qur'an dan sunnah..

    letak dunia dalam tangan, tapi hati tetap utk Allah..

    ReplyDelete
  2. Semoga terus berkarya memuslehkan manusia kembali kejalan-Nya.

    Doakan ana terus bangkit berkarya buat ummat.

    ReplyDelete
  3. akh Khir: Syukran jgk ats tips antum pagi tu... klu x ana mgkin xtau nk tlis ape... hehe...ana bergaya ke? x rse pun... insya Allah... doakan lgkh ana xtrhnti ats sbb2 y mlmhkn ana, mgkin sbb ana pling muda dlm manhaj dakwah. insyaallah, kita (bukan ana sorang) akan terus istiqomah ats jln dakwah ni...

    Akh Umair: insyaAllah akh. ana doakan antum bangkit kembali. ana akn trus mnunggu kbngkitan penulis y tlh memuslehkan ana... wlaupn ana pling muda, ana akn trus mnyokong prjuangan dkwh antum dan semua ikhwah. hikmah tidak mengenal usia. teruskan berusaha akh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!