"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Saturday, June 2, 2012

Perkongsian : ‘Hadiah’ paling istimewa

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~


 

*****

“Di manakah kamu boleh dapatkan permata?” katanya.

*****

Hari itu, tidak seperti  biasa.


Seringkali, ayahnya akan bersembunyi di belakang pintu, memberikan kejutan padanya. Selepas itu, mereka akan bertukar-tukar ciuman dengan mesra.

Namun tidak pada hari itu. Entah apa yang tidak kena.

Ayahnya ada di situ. Namun ada sesuatu yang yang berlainan hari ini.

Lelaki itu menyuruhnya duduk di pangkuannya. Lalu Muhammad Ali itu pun berkata kepada anak perempuannya. Suatu yang anaknya tidak pernah lupakan.

“Hana, setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar untuk diperolehi.

Di mana kamu boleh dapatkan permata?
Tertanam jauh di perut bumi,
Tertudung dan dilindungi.

Di mana kamu jumpa mutiara?
Terbenam jauh di dalam hutan,
Tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.

Di mana kamu cari emas?
 Terperosok di lapisan bumi,
Tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu.

Kamu kena bekerja keras untuk mendapatkannya.”

Maka anaknya yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu pun faham, lalu kemudiannya kembali menutup aurat dengan sempurna.

*****


*****

Ya, perkara yang berharga seringkali disimpan. Hanya yang layak boleh melihat dan menyentuhnya.

Perkara yang sama berlaku pada aurat.

Sayangnya kesedaran itu masih belum cukup sempurna. Masih banyak yang silap.
kebanyakkan pasangan suami isteri, walaupun sebelum menikah tidak pernah menutup aurat, ketika menikah paling tidak mesti menutupnya.

Sehinggakan mereka yang ber’couple’ sekalipun, hanya memberikan harta berharga itu buat teman lelaki dan perempuan mereka. Tidak buat orang lain.

Bagi mereka, biarlah itu buat mereka sahaja.

Sayang sekali. Kesedaran untuk meng’khas’kannya buat yang tercinta itu telah ada, hanya belum dipandu dengan keimanan.

Hebat sekali fitnah akhir zaman.

*****


*****

Malam itu, seperti malam-malam yang lain. Di MRSM Bitara Pengkalan Chepa, seorang pelajar memberi tazkirah maghrib di Surau Al-Khairiyyah. Namun kali ini agak menarik isunya. Saya fikir hanya saya seorang yang berfikir tentangnya. Tidak sangka ramai orang lain yang mempunyai pandangan yang sama dengan saya.


“sekarang ini, dah jadi trend. Banyak lelaki sukakan perempuan bertudung labuh, tak kiralah lelaki itu jahat atau baik.” Katanya.

Saya diam. Betul juga apa yang dikatakannya.

Saya sendiri, secara peribadi meletakkan tiga syarat asas untuk saya memilih calon isteri. Bertudung labuh, memakai sarung lengan, dan memakai stoking.

Dan yang paling menarik ialah, semuanya berkaitan dengan aurat.

Sesetengah orang yang ‘moden’, mungkin melihatnya sebagai satu bentuk kecantikan yang perlu ditunjukkan.

Sesetengah lain yang lebih ‘tradisional’, mungkin melihatnya sebagai sesuatu yang memalukan, yang perlu disembunyikan.

Saya?

Saya melihatnya sebagai sebuah hadiah.

Hadiah yang paling istimewa, buat suami dan isteri tercinta.

*****


*****

“menunggu khutbah bermula”
Megat Shahr Al-Imran,
Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kelantan,
01:20 pm   04 Mei 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!