"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Friday, June 1, 2012

Yang berkat itu hebat!

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~


*****



Ada beza antara baik dan cemerlang,” kata saya.

Maksud kamu?” Tanyanya, bingung.

Keputusan akademik yang baik, tidak semestinya cemerlang. Keputusan akademik yang cemerlang, tidak semestinya baik.” Saya cuba menerangkan.

*****



Musim ‘kehangatan’ peperiksaan sudah bermula di MRSM Pengkalan Chepa. Dengan tugasan, kerja yang semakin bertimbun, terkial-kial mengejar silibus supaya dapat dihabiskan, para pelajar seolah-olah mula hilang arah.



Hasilnya?

Surau yang sepatutnya dipenuhi ketika subuh, kini hanya tinggal dua saf. Dan itu hanya satu contoh, masih terdapat banyak lagi.

Menjadikan ‘study’ sebagai alasan tidak pernah memberi kelonggaran daripada memberi komitmen.

Sebuah perintah tetap sebuah perintah.
Komitmen tetap perlu diberi.

Bahkan alasan ‘study’ itu menambah sebab untuk sebuah kegagalan.

Mungkin kegagalan yang diterima bukanlah serta-merta.

Boleh jadi ia gagal sewaktu bekerja.

Namun, yang paling ditakuti, gagal di Akhirat kelak.

*****

Antara baik dan cemerlang

Realitinya, ramai yang sudah tersilap dalam menilai. Membezakan yang baik dan cemerlang.

Kedua-duanya boleh jadi sama, boleh jadi berbeza.

Memang pada asalnya, yang cemerlang itu pasti lebih baik. Namun boleh jadi sahaja yang tidak cemerlang itu lebih baik, atau sebaliknya.

Buktinya, berapa ramai yang keputusan akademiknya cemerlang, namun akhirnya gagal dalam hidup?

Berapa ramai pula yang keputusan akademiknya ‘biasa-biasa’ sahaja, namun akhirnya berjaya?

Dari Abdullah Bin Amr Ibnul Ash, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:
Sungguh beruntung orang yang berserah diri, ia merasa cukup dengan rezekinya dan ia juga diberi sifat Qanaah oleh Allah.”
[HR. Muslim]


Usaha sepenuhnya bersungguh-sungguh, mungkin cemerlang, namun seringkali kecemerlangan itu tidak baik.

Usaha, dengan berkat, mungkin sekali cemerlang. Kalaupun tidak cemerlang, pasti itu lebih baik.

Kerana kecemerlangan bukan ukuran.
Yang berkat itu pasti lebih hebat!

improve yourself, megat!”
Megat Shahr Al-Imran,
Asrama, MRSM Pengkalan Chepa.
0624 pm 09 05 2012.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!