*****
“da’wah itu
cinta,” kata Syaikhut Tarbiyah Ustadz Rahmat Abdullah.
Hakikatnya
memang begitu. Da’wah dan cinta tidak dapat dipisahkan.
Dari
Anas R.A., dari Nabi S.A.W., beliau bersabda,
“Tidaklah
sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia
mencintai untuk dirinya sendiri.”
(Shahih
Al-Bukhari; 13, Shahih Muslim; 45)

Mudahnya,
jika da’wah adalah cinta, maka menyebarkan da’wah juga bererti menyebarkan
cinta.
Buktinya,
berapa ramai orang yang ditarbiyah secara hanya mendengar ceramah, boleh
berubah jadi baik?
Berapa ramai
pula yang didekati secara ‘personal’, boleh berubah, malah istiqomah pula
dengan perubahan itu?
*****


“Hei,”
panggilnya.
“Boleh tak kamu habiskan masa dan wang kamu
untuk saya?”
Jawapan yang
paling memungkinkan? “Tidak! Siapa kamu?”
Setiap orang
pasti marah apabila seseorang meminta dia melakukan sesuatu yang menghabiskan
masa dan wang untuk orang yang tidak dikenalnya.
Mungkin bagi
yang sudah berada di jalan ini, sudah faham bahawa ‘sesuatu’ itu bukanlah untuk
orang itu, tetapi dirinya sendiri.
Namun
persoalannya, fahamkah ‘mereka’?
Bagi mereka
yang berada di jalan da’wah, mereka memang faham bahawa yang perkara yang
diminta untuk dilakukan bukannya untuk memenuhi kehendak mereka.
Namun,
adakah orang yang tidak pernah terlibat dengan da’wah faham tentangnya?
Anggapan
mereka, para da’ie ini tidak lebih daripada sekumpulan orang-orang yang
mengajak mereka untuk bersama-sama menguatkan kumpulan yang dibawa. Mudahnya
mereka akan meminta-minta daripada setiap orang yang mereka jumpa.
Begitu
sahajakah izzah para da’ie?
Yang perlu
dipersalahkan bukannya para mad’u, kerana mereka memang tidak faham. Malah
menjadi tugas para da’ie untuk ‘memahamkan’ para mad’u ini.
Namun, jika
untuk ‘memahamkan’ mereka, bermaksud para da’ie perlu memastikan mad’u ini
berada bersama mereka.
Maka, apakah
ikatan yang mampu membuatkan mereka bertahan di jalan itu selama mereka belum
faham?
Ukhuwah.
Ikatan cinta atas dasar iman.
Kerana
ukhuwah, mereka tetap mampu bertahan walau mereka belum faham. Kerana cinta,
mereka sanggup menahan sakit walau belum tahu.
Kerana itu,
cinta perlu datang sebelum da’wah.
Bahkan Islam
sendiri bukanlah hanya penuh dengan ritual. Sebaliknya, ia dipenuhi dengan
cinta.
“Katakanlah: "Jika bapak-bapak,
anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang
kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah
tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan
Rasul-Nya dan [dari] berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah
mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada
orang-orang fasik.”
[Qs.
At-Taubah, 9:24]
[Sahabat Saya, Haziq (kiri), bersama saya.] |
Cinta yang
mendorong kita untuk berbuat.
Cinta kerana
Yang Maha Mencipta cinta.
Adakah cinta
itu masih menebal dalam hati?
*****
“Ukhuwah. Tak semudah
memasak maggi.”
Megat Shahr Al-Imran,
Asrama MRSM Pengkalan
Chepa,
0106 hrs 19102012.
starting to like your blog ,full of lessons and u bring it up the islamic point together , keep it up the good work :D
ReplyDeleteassalammualaikum.. syukran.. ukwhah kerana allah..bertemu tak jemu.berpisah tak gelisah. :)
ReplyDeleteSyukran semua, doakan ana istiqomah ^^
ReplyDeleteawak punye artikel bagus la ! saye tertarik ! syukran ^^
ReplyDelete