"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Thursday, October 18, 2012

Ukhuwah = Cinta = "Maggi"?

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~

*****



“da’wah itu cinta,” kata Syaikhut Tarbiyah Ustadz Rahmat Abdullah.

Hakikatnya memang begitu. Da’wah dan cinta tidak dapat dipisahkan.

Dari Anas R.A., dari Nabi S.A.W., beliau bersabda,
“Tidaklah sempurna iman seseorang sebelum ia mencintai saudaranya sebagaimana ia mencintai untuk dirinya sendiri.”
(Shahih Al-Bukhari; 13, Shahih Muslim; 45)
 

Mudahnya, jika da’wah adalah cinta, maka menyebarkan da’wah juga bererti menyebarkan cinta.

Buktinya, berapa ramai orang yang ditarbiyah secara hanya mendengar ceramah, boleh berubah jadi baik?

Berapa ramai pula yang didekati secara ‘personal’, boleh berubah, malah istiqomah pula dengan perubahan itu?

*****


“Hei,” panggilnya.

 “Boleh tak kamu habiskan masa dan wang kamu untuk saya?”

Jawapan yang paling memungkinkan? “Tidak! Siapa kamu?”

Setiap orang pasti marah apabila seseorang meminta dia melakukan sesuatu yang menghabiskan masa dan wang untuk orang yang tidak dikenalnya.

Mungkin bagi yang sudah berada di jalan ini, sudah faham bahawa ‘sesuatu’ itu bukanlah untuk orang itu, tetapi dirinya sendiri.

Namun persoalannya, fahamkah ‘mereka’?

Bagi mereka yang berada di jalan da’wah, mereka memang faham bahawa yang perkara yang diminta untuk dilakukan bukannya untuk memenuhi kehendak mereka.

Namun, adakah orang yang tidak pernah terlibat dengan da’wah faham tentangnya?
Anggapan mereka, para da’ie ini tidak lebih daripada sekumpulan orang-orang yang mengajak mereka untuk bersama-sama menguatkan kumpulan yang dibawa. Mudahnya mereka akan meminta-minta daripada setiap orang yang mereka jumpa.

Begitu sahajakah izzah para da’ie?
Yang perlu dipersalahkan bukannya para mad’u, kerana mereka memang tidak faham. Malah menjadi tugas para da’ie untuk ‘memahamkan’ para mad’u ini.

Namun, jika untuk ‘memahamkan’ mereka, bermaksud para da’ie perlu memastikan mad’u ini berada bersama mereka.

Maka, apakah ikatan yang mampu membuatkan mereka bertahan di jalan itu selama mereka belum faham?

Ukhuwah. Ikatan cinta atas dasar iman.
Kerana ukhuwah, mereka tetap mampu bertahan walau mereka belum faham. Kerana cinta, mereka sanggup menahan sakit walau belum tahu.

Kerana itu, cinta perlu datang sebelum da’wah.

Bahkan Islam sendiri bukanlah hanya penuh dengan ritual. Sebaliknya, ia dipenuhi dengan cinta.

“Katakanlah: "Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan [dari] berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya." Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.”
[Qs. At-Taubah, 9:24]

[Sahabat Saya, Haziq (kiri), bersama saya.]

Cinta yang mendorong kita untuk berbuat.

Cinta kerana Yang Maha Mencipta cinta.

Adakah cinta itu masih menebal dalam hati?
*****
“Ukhuwah. Tak semudah memasak maggi.”
Megat Shahr Al-Imran,
Asrama MRSM Pengkalan Chepa,
0106 hrs    19102012.

4 comments:

  1. starting to like your blog ,full of lessons and u bring it up the islamic point together , keep it up the good work :D

    ReplyDelete
  2. assalammualaikum.. syukran.. ukwhah kerana allah..bertemu tak jemu.berpisah tak gelisah. :)

    ReplyDelete
  3. Syukran semua, doakan ana istiqomah ^^

    ReplyDelete
  4. awak punye artikel bagus la ! saye tertarik ! syukran ^^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!