"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Wednesday, January 4, 2012

Cerpen: "Kejayaan"


~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~

Sebuah cerpen tentang kejayaan.

tentang jiwa-jiwa yang mengertikan kejayaan.

masing-masing dengan nilai masing-masing.

ukuran manakah yang lebih bernilai di sisi-Nya?






*****

“seterusnya!” kata wanita yang duduk di meja itu.

Tersentak. Perlahan-lahan, langkah kakinya diatur. Terasa begitu pantas waktu berlalu.

“nama?” tanya wanita tersebut.

“Err... Uz.. Uzair..” terketar-ketar mulutnya menyebut.

“Uzair Hasif Bin Burhanuddin?” tanya wanita tersebut. Bingung.

“err, ya.. ha’ah...”

“ini dia.” Wanita tersebut menyerahkan sekeping sampul berwarna kuning.

“ter.. terima kasih.”

Dia berjalan perlahan. Dada mula berombak kencang. Jantung berdegup pantas. Perlahan-lahan, sampul tersebut dibuka.

“tolonglah... tolonglah...”

Sekeping kertas nipis berwarna putih kelihatan. Perlahan-lahan, kertas itu dijenguk.

Senyap.

“yes!!! Berjaya akhirnya!” jeritnya sekuat hati.


Kertas direntangkan menghadap langit. Bangga ‘kejayaan’ akhirnya menjadi miliknya.



*****

Aiman melihat kertas nipis miliknya. Kertas yang serupa seperti yang baru dijeritkan Uzair sebentar tadi.

Mulutnya mengukir senyum.

“Alhamdulillah...” kertas disimpan semula ke dalam sampul. Menuju ke satu sudut yang agak terpencil.

*****

“Munira! Saya dapat straight A! awak?” tanya Uzair.

“mm... Biasa sahaja...” jawab Munira sambil menunjukkan kertasnya.


“tak apa. Lepas ini, biar saya yang ajar awak!” Katanya semangat.

“betul ni? terima kasih... sayang awak!”

*****


Di tengah hiruk-pikuk manusia, sorakan, jeritan kegembiraan, tangisan, pelukan, tersungkur sebuah wajah di tanah. Menghambakan diri. Mensyukuri nikmat-Nya.


“Aiman! Berapa result kau?” tanya Aryan. Sahabat baiknya.

Dilihatnya Aiman sedang bersujud. Di sebelahnya, di atas lantai, tergeletak sekeping kertas.



*****
Siapakah yang benar-benar berjaya? Hanya Allah sebaik-baik penentu.


"Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman."
                   [QS Al- Mu'minuun, 23:1]  

Kejayaan. Ramai yang mengertikannya dengan nilai dunia yang semu. Beruntunglah mereka yang mengertikannya dengan nilai akhirat.

itulah KEJAYAAN yang abadi.

NIKMAT yang abadi.

CINTA yang abadi.



*****

Dari Abu Yahya alias Shuhaib Bin Sinan ra, ia berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda,

“Sungguh mengagumkan keadaan orang mukmin itu. Sesungguhnya semua perkaranya baik, dan demikian itu hanya memiliki orang mukmin. Ketika memperoleh kebahagiaan ia bersyukur, dan yang demikian itu baik baginya. Sementara ditimpa suatu musibah ia bersabar, dan yang demikian itu juga baik baginya.”
[HR. Muslim]

*****

 “Sabarlah duhai hati...
Megat Shahr Al-Imran,
Baiti Jannati,
2331 hrs 04012012.

4 comments:

  1. Ya Allah akhi... muhabasah yg cukup2 berkesan... jazakallah khairan kathira... ntm buat mata ana berair akh... ana ptut sntiasa lebih bersyukur dengan pemberian Allah pada ana...

    ReplyDelete
  2. subhanallah,
    biasa saja akh, xsehebat ntm,ade quote smart.. :P
    yg baik itu dtg drpd Allah...
    semoga kita semua dlm jgaan Allah... ^_^
    (rindu ntm la, bile bleh bertemu lg? hee :P)

    ReplyDelete
  3. Membawa makna yang sangat dalam dan memberi kesan sedikit kepada saya . Terima kasih .

    ReplyDelete
  4. Kejayaan yg sebenar ialah apabila seseorang itu mampu menjaga hubungannya dengan Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!