"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Friday, February 3, 2012

Luahan : Inilah Yang Terakhir...

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~


Inilah yang terakhir.

Inilah hari terakhir.

Inilah detik-detik terakhir.

*****


Pasti ramai yang pelik dan keliru bila saya mengatakan terakhir.

Hakikatnya, ini memang yang terakhir.

Detik-detik terakhir di MRSM PDRM Kulim.

*****




*****

Tepat 29 Januari 2012. Surat tawaran untuk meneruskan pengajian di MRSM diedarkan oleh timbalan pengetua.

Namun, surat yang saya terima, menjadikan perasaan saya berserabut.

[Tempat : MRSM Pengkalan Chepa]

Ini bermakna, mulai 8 Februari, saya bukan lagi seorang pelajar MRSM PDRM Kulim.

Pasa mulanya, mungkin agak gembira. Namun, setelah difikirkan, memang inilah yang terakhir.

Inilah minggu terakhir di MRSM PDRM.

***** 


*****

Sedar atau tidak, bila kita melakukan sesuatu untuk kali terakhir, kita pasti akan cuba sedaya mungkin menjadikan perkara itu yang paling baik.

*****

Pagi tadi, saya bermain bola sepak buat kalii terakhir. Kali terakhir di MRSM PDRM.

Sebenarnya, secara jujur saya merupakan seorang yang selalunya tidak suka bersukan. Namun, mengenangkan itulah yang terakhir, tetap saya lakukan.

Bahkan saya sepatutnya hanya mampu bermain sekejap sahaja. Namun, mengenangkan itulah yang terakhir, segala tenaga dikerah. Supaya dapat mengakhiri kenangan di MRSM PDRM ini dengan puas.

*****

Begitulah. Kita sering melakukan perkara itu dengan cemerlang, hanya apabila kita tahu.

Bukan sahaja tahu.
Malah percaya.
Yakin.
Pasti.

Pasti bahawa itulah yang terakhir. Pasti energi akan ditumpukan supaya dapat mengakhirinya dengan indah. Begitulah kita.

Maka, dalam setiap apa yang kita lakukan. Ingatlah, itu bisa sahaja menjadi yang terakhir. Apabila kita dapat menghadirkan perasaan ‘terakhir’ itu, ketika itulah kita akan berusaha sebaik mungkin.

Apabila kita yakin, itu mungkin sekali adalah ibadah yang terakhir. Pasti kita akan cuba sedaya mungkin memperbaik ibadah itu.

Apabila kita yakin, bahawa itulah kerja dakwah yang terakhir. Kita tetap akan cuba menghabiskannya walaupun ketika itu kita sudah futur.

Kerana kita punya sebuah keinginan. Keinginan untuk mengakhiri dengan baik. Keinginan untuk menjadi HERO. Happy Ending full baROkah.

*****
[Selamat berjuang sahabatku...]
*****

Kemenangan bukan ditentukan oleh posisi kita pada awalnya.

Tapi posisi kita pada akhirnya.

Maka, tanyakan pada diri kita. Bagaimanakah pengakhiran kita kelak?

*****

“Buat rakan – rakan yang dirindui di MRSM PDRM.
Ingatlah, walau di mana pun kita berada,
Perjuangan tetap perlu diteruskan.
Jangan pernah berputus asa.
Ingatlah, kamu pasti bisa!!!”
> Megat Al-Imran <
(MRSM Pengkalan Chepa)


*****



Manusia hanyalah berusaha,
manusia hanyalah merencana,
Allah lah yang menentukan,
Allah lah yang memastikan sgalanya...
[Al-Maidany - Harapan Bertepi]

“Selamat Tinggal, MRSM kesayanganku.
   Inilah post terakhirku, di maktab ini.”

   Megat Shahr Al-Imran,
   Asrama MRSM PDRM,
   1730 hours, 2 Februari 2012.

1 comment:

  1. wauuu.mcm mana adik menhapdate blog, duduk asrama kan? akak dulu pun blaja mrsm.jrg dapt jumpa laptop ni.huhu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!