"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Sunday, July 31, 2011

Perkongsian : Mari ‘All out!’ dalam ramadhan kali ini!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.... "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”



Esok, tarikh keramat. Kedatangan bulan yang umpama sebuah oasis di tengah-tengah padang pasir.Sebuah bulan yang bagaikan lubuk ikan di lautan. Bulan yang penuh dengan barakah. Bulan yang penuh dengan nikmat.


Namun, apakah sambutan yang bakal kita berikan terhadap kedatangan tetamu istimewa ini?

Mari kita berfikir sejenak. Seandainya kita hendak menghadiri sesuatu majlis yang mewah, bagaimana persiapan kita?

Adakah dengan baju melayu lengkap bersampin?
Atau bersmart casual’ berserta ‘Blazer’?
Atau mungkin dengan pakaian yang baru dibeli semalam, semata-mata untuk majlis tersebut?

Masya Allah. betapa kita sanggup bersedia untuk majlis seperti itu, namun apakah persediaan kita bagi menghadiri “Majlis Al-Mubarak” ini?


Kita pasti tahu, Allah menyuruh kita merancang demi masa depan.

(QS59. Al Hasyr ayat 18)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍ ۖ وَاتَّقُوا اللَّهَ
 إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ  ۚ
“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah Setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok; dan bertakwalah kepada Allah, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”




Sepatutnya kita sudah bersedia untuk menyambut ramadhan.

Mari lihat semula. Apakah masih tertinggal karat-karat jahiliyah dalam diri kita? Apakah persediaan kita untuk menemui bulan ini sudah benar-benar mantap?

Sama halnya, jika ingin menghadapi peperiksaan. Kita seharusnya bersedia lebih awal dengan mengulangkaji, membuat latihan, menumpukan perhatian ketika kelas, dan lain-lain.

Jika jawapannya,

“YA!”

 alhamdulillah. Moga tidak futur di tengah jalan.
Namun jika jawapannya,

“ERRR....”

Maka ana rasa tidak perlu kita membincangkan soal ini lagi.
Kerana, masa persediaan sudah tamat.
Namun, kita masih mampu membuat pecutan terakhir.









Pernahkah terdengar, ada murid yang jarang hadir ke sekolah, tiba-tiba mendapat keputusan cemerlang?

Orang yang tidak pernah take care hendak mengulangkaji, mendapat kejayaan saat keputusan peperiksaan diumumkan.




Semuanya bisa berlaku. Hanya sahaja ia perlu disertakan dengan usaha. Tidak dilupakan, izin Allah.

(QS36. Yaasiin ayat 82)
إِنَّمَا أَمْرُهُ إِذَا أَرَادَ شَيْئًا أَن يَقُولَ لَهُ كُن فَيَكُونُ
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" Maka terjadilah ia.”


Bagitu juga dengan kekuatan menghadapi ramadhan. Benar, mungkin kita tidak sempat bersedia untuk ramadhan ini. Namun, tidak bermakna peluang kita terhapus sama sekali. Kita hanya perlu meletakkan usaha yang lebih untuk berjaya. Itu sahaja.

(QS13. Ar Ra'd ayat 11)
žإِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُوا مَا بِأَنفُسِهِمْ....." ۗ  ......"
“....Sesungguhnya Allah tidak merobah Keadaan sesuatu kaum sehingga mereka merubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri...”



Mari bermuhasabah sebentar. Bagaimana sekiranya ramadhan ini yang terakhir?
Sekiranya kita ditakdirkan untuk menyambut seruan ilahi sebelum sempat menyambut syawal, apakah kita cukup bersedia untuk itu?

Sangat rugi. Sangat rugi sekiranya kita dipanggil menghadap Allah pada bulan yang mulia ini, padahal kita belum menyambut bulan ini sebaiknya. Maka, mari kita berusaha. Jadikan ramadhan ini ramadhan yang terbaik.

Imam syafi’e misalnya, mengkhatamkan alquran 60 kali dalam bulan ramadhan! Ini bermakna;
60 kali khatam/30 hari = 2 kali khatam sehari x  30 juzuk = 60 juzuk sehari!

60 juzuk sehari!! Sangat hebat. Orang yang beriman sangat gembira menyambut ramadhan. Seolah bertemu kekasih yang telah lama dirindui.


Jadi, mari kita berusaha sebaiknya. Kuatkan azam, bulatkan tekad. Buatlah yang terbaik sepanjang ramadhan ini.

Ayuh! Kita berikan yang terbaik. Allah tidak akan menyia-nyiakan amal kita. Percayalah. Percayalah, karena itu janji Allah. janji Tuhan Semesta Alam. Janji Sang Pencipta kita. 

(QS10. Yunus ayat 26)
لِّلَّذِينَ أَحْسَنُوا الْحُسْنَىٰ وَزِيَادَةٌ ۖ وَلَا يَرْهَقُ وُجُوهَهُمْ قَتَرٌ وَلَا ذِلَّةٌ ۚ
 أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ   
Bagi orang-orang yang memberikan yang terbaik (ketika) berbuat baik, ada pahala yang terbaik (surga) dan tambahannya. dan muka mereka tidak ditutupi debu hitam dan tidak (pula) kehinaan. mereka Itulah penghuni syurga, mereka kekal di dalamnya.”

(QS11. Huud ayat 115)
وَاصْبِرْ فَإِنَّ اللَّهَ لَا يُضِيعُ أَجْرَ الْمُحْسِنِينَ
“Dan bersabarlah, karena Sesungguhnya Allah tiada menyia-nyiakan pahala orang-orang yang berbuat kebaikan.”


Ayuh, bangkitlah! Mari berikan yang terbaik sepanjang ramadhan ini.....

*****


,يا الله، أعطني القوة لتبقى مخلصة لتقديم أفضل خلال هذا الشهر رمضان"
,تثقيف قلبي أن يواصل أحبك
تتلقى كل ما عندي من العمل خلال هذا الشهر المبارك
 ".........إنك أنت أرحم الرحمين

Ya Allah, berilah kekuatan kepadaku untuk tetap bermujahadah memberikan yang terbaik sepanjang bulan ramadhan ini,
didiklah hatiku agar terus mencintaimu,
dan terimalah segala amalku sepanjang bulan yang mulia ini
sesungguhnya engkau pengasih lagi maha penyayang....



"Marhaban Ya Ramadhan...."

Akh Megat Shahr Al-Imran,
Baiti Jannati,
Klang, Selangor.
1719 hrs   31 july 2011....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!