"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Friday, July 15, 2011

Perkongsian: Ayuh! Mulakan Langkahmu!

"akh, ana rasa susah la nak ikut tarbiyah ni. nak kena buat macam-macam, tinggal game, movie, couple, apa segala macam. Ana tak cukup kuat."

Gejala yang sering melanda ikhwah-ikhwah yang baru ditarbiyah. Bahkan ada kalanya ikhwah yang sudah lama pun kadang-kala mempunyai masalah sedemikian. Masalah TIADA DAYA PERUBAHAN.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "tiada daya"?

Di tingkatan 4, dalam subjek physics kita didedahkan dengan "Newton's First Law" yang berkaitan dengan daya. Secara teorinya kita tahu bahawa,

"every oblect persists in its state of rest or uniform motion in a straight line unless it is compelled to ghange that state by forces impressed on it"
 -newton's first law-





Apakah apa yang kita buat sekarang ini mencukupi?


"maaflah, aku rasa tak payahlah ikut halaqoh-halaqoh macam ni. aku rasa cukuplah apa yang aku buat sekarang ni. kalau jaga kehormatan, jaga solat tu insya-Allah boleh lagi. Aku rasa cukup kot."

Apakah kita mengira apa yang kita buat ini mencukupi?

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, Padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara mu dan belum nyata orang-orang yang sabar.”
(QS3. Ali 'Imran ayat 142)

Sebenarnya, tidak......

Hakikatnya, kita ini semuanya berada dalam kelajuan yang constant, sedang menuju ke neraka.

“Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka itu. hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan.”
(QS19. Maryam ayat 71)


Jadi, apa tindakan kita?


Seperti mana dalam surah maryam ayat ke 71 tadi, neraka ini sudah dijamin bagi kita. Namun kita mampu mengubahnya insya-Allah. Soalnya, nak atau tidak? Jika nak, kesimpulannya mudah. Jauhkan diri kita dari api neraka.

Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.”
(QS66. At Tahriim ayat 6)

Bagaimana ingin memelihara diri kita dari api neraka?

berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan rasul-rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. dan Allah mempunyai karunia yang besar.”
(QS57. Al Hadiid ayat 21)


Itulah jawapannya. Berlumba-lumbalah kearah keampunan Allah.


Dalam satu perlumbaan larian, kita perlu memecut secara terus menerus. Bagaimana jika kita lemah dipertengahan jalan? Kita akan kalah. Demikianlah juga dalam "perlumbaan keampunan". Biarlah kita bermula dengan yang kecil. Yang penting kita memulakan gerak langkah kita. Jangan sehingga kita tidak bermula langsung.


Kesukaran?


Tidak dinafikan, untuk bertahajud di saat semua orang sedang nyenyak dibuai mimpi, hendak bertilawah quran di saat orang lain sibuk bersembang kosong dan menyanyi, mahu ke masjid pada waktu subuh sedangkan rakan-rakan yang lain sedang dibanjiri air liur, memang sangat-sangat susah.

Namun, kuatkan semangat! Kesusahan bukan alasan untuk kita tidak berbuat untuk agama Allah! sebaliknya ia sepatutnya menjadi satu sebab yang kukuh untuk kita bermujahadah, berusaha, bersungguh-sungguh, berikhtiar dalam erti kata hendak mendekatkan diri kepada Allah.

Diulangi, kita ini sebenarnya berada dalam kelajuan yang constant, menuju ke neraka. Namun apa yang perlu kita lakukan untuk menjauhkan diri kita daripadanya?

Teorinya mudah. Kenakan daya keatasnya. Kenakan daya keatas diri kita. Dan di tahap permulaan memang sangat sukar. Kerana kita terpaksa mengenakan daya yang bertentangan dengan arah kita sekarang. Kemudian ia berhenti, kita perlu pula mengenakan daya supaya ia bergerak ke arah lain. Arah yang bertentangan. Lakukan putaran 180o.

Paksa diri kita. Bermujahadahlah. Jangan malas. Umar ibn khattab bahkan pernah menempelak sikap umat islam yang malas bermujahadah, sedangkan rahib-rahib yahudi sanggup bersusah payah dalam keadaan zuhud walaupun mereka berada dalam kebatilan.

Jadi, apakah kita masih malas?


Apa yang sebenarnya menjadi penghalang bagi kita lemah bermujahadah kepada Allah?

Adakah ianya game?
Adakah ianya movie?

Adakah ianya malas?
Adakah ianya couple?

Muhasabah diri kita. Sesali dosa-dosamu yang lalu. Dekatkan dirimu dengan Allah.

“Maka ketahuilah, bahwa Sesungguhnya tidak ada Ilah (sesembahan, Tuhan) selain Allah dan mohonlah ampunan bagi dosamu dan bagi (dosa) orang-orang mukmin, laki-laki dan perempuan. dan Allah mengetahui tempat kamu berusaha dan tempat kamu tinggal.”
(QS47. Muhammad ayat 19)


Ayuh! Mulakan Langkahmu!


Seperti yang saya jelaskan dalam cerpen "ukkuwah imaniyah" (http://mrsmdakwah.blogspot.com/2011/06/cerpen-ukkuwah-imaniyah.html) ,


“akh, Allah dah tanya, sampai bila antum nak tunggu? Sampai bila antum nak terus macam ni? antum kena ingat, kekuatan tu bukan macam pancing ikan. Ia tak boleh ditunggu, ia perlu dibina. Antum cuba tengok, ikhwah yang lain dah lama tinggal semua tu. antum pulak? Kalau diorang mampu, kenapa antum tak mampu? Mereka pun ada nafsu jugak akh. Cuma mereka mampu mencipta kekuatan dan membantunya supaya keimanan lebih kuat daripada nafsu dan godaan.”

“tapi ana tak cukup kuat.”

“tak cukup kuat bukan alasan untuk tidak berbuat akh. Tapi sebaliknya sebab tak cukup kuatlah kita kena bina kekuatan sehingga kita mampu. Ana yakin antum boleh. Ana pun pernah rasa macam antum. Tapi murobbi ana nasihat ana, dan jadilah ana sampai macam ni sekarang.”

Ayuh, bina kekuatan itu. Janganlah ditunggu.

"Satu energy, yang sangat-sangat mahal. Ia ada pada kita semua. Semakin lama, semakin sedikit. Dan ia non-renewable. Apa benda tu? .....Masa..... Ingatlah, masa takkan datang balik. Sebab tu lah imam ghazali kata perkara yang paling jauh ialah masa lalu. So, jangan sekali-kali kita sia-siakan masa kita. Kalau tak, jadilah kita orang yang rugi."
-Akh Hasbulnallah-

“Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.”
(QS103. Al 'Ashr ayat 1-3)

“Jom Solat Asar!”
Akh Megat Shahr Al-Imran,
1650 hrs     25062011

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!