"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Friday, April 8, 2011

Cerpen: maafkan tuk berpisah...

jalan bertaqwa dengan menggunakan seribu satu jalan akan secara langsung atau tidak langsung terbentuk pada kehidupan seseorang. Ketaqwaan sangat besar pengaruhnya terhadap tingkah laku manusia dalam seharian, lebih lagi dalam kehidupan se....”

Tiba-tiba,

kita harus bersatu, dalam perjuangan islam.... kita harus berpadu, demi kebangkitan islam... apabila islam dihinakan, apa yang akan kita ldiakan? Apabila islam dijatuhkan, tugas kita, adalah berjuang...”


“wei ahmad! Handset hang!”

“ok! Sekejap aku ambil!”

Lagu shoutul harakah-bait perjuangan didengari, disusuli panggilan rakannya. Buku ‘Uniknya Taqwa: menyusuri liku-liku keajaiban taqwa terhadap kekuatan psikologi dan murah rezeki’ diletakkan di tepi. Ruang tamu menjadi tujuan, dimana telefon bimbitnya dicas.

 “syukran fitri, aku ingat sapa bukak lagu seruan jihad tadi...”

“yelah tu... dah pergi la cek handset hang.”

Dicabutnya ‘charger’ telefon miliknya. Dilihatnya pada skrin telefon tersebut. Reminder rupanya, bisiknya. Walaubagaimanapun, perkataan yang terpampang membuatnya kaku seketika.


[REMINDER: TODAY]
[Birthday :  _________]
[date: __/__/1996]

“astarghfirullah! Birthday dia ke? Apsal aku lupa nak padam? Errr....  Apa aku nak buat ni?”

*****

“sudahlah! Asyik bergaduh je korang berdua ni kan!” suara ustazah melenyapkan kebisingan.

Mereka kaku seketika. Tangan ahmad sedang memegang pencilboxnya. manakala pencilbox Ahmad berada di tangannya, dengan zip yang sudah dirosakkan.


“tak reti ke nak berbaik? Karang ustazah kahwinkan korang berdua ni baru tahu!”


“tapi... dia yang start dulu.... amik pencilbox saya....” ahmad cuba melawan. Tak boleh kalah dengan perempuan, bisiknya.


“eh, suka-suki je cakap orang. Kau lah yang cari pasal dulu kan? Pergi kutuk orang pulak...”


‘nampaknya dia pun taknak kalah dengan aku ye, takpe....’ bisik Ahmad.


“sudah. Sekarang semua mintak maaf.”


“Ergghh.... yelah, yelah.... sori sebab kata kat kau...” kataku kepadanya.


“hmm.... ok fine....”


Ok fine je? Bisiknya... bukan nak mintak maaf balik.... kami kembali ke tempat duduk masing-masing. 


Tak guna betul. Camne dia boleh lepas.... takpe hari ni hari kau... esok hari dia pulak...’ bisiknya.


Mereka berdua memang musuh ketat, pantang jumpa je, mesti gaduh besar. Waktu itu mereka berada di darjah enam, sekolah agama.


*****


Telefon dibawa ke dalam bilik. Ditatapnya skrin itu seperti belum pernah dia melihatnya sebelum ini. Fikirannya jauh menerawang ke masa lalu.


*****


Tamatlah zaman sekolah rendah, semua pelajar berpisah mengikut haluan masing-masing, termasuklah mereka. Dia pergi ke ‘sekolah mengengah convent’ manakala Ahmad ke MRSM.


Setiap kali cuti, dia akan bermain komputer dari pagi sampailah malam. orang lama tak jumpa komputer. apalagi, laman sosial ‘facebook’ menjadi sasaran. Di mana dia dan kawan-kawan bersama-sama bergelak-ketawa, sambil bertemu semula dengan ramai rakan yang telah lama terpisah.


Tahun kedua di MRSM,


“eh, dia add aku? takpalah, lagipun lama tak jumpa”


Butang ‘approve’ ditekan. Kemudian terlihat satu mesej di dalam inbox.


“asalamualaikum, lama tak jumpa. kau sekolah kat mana?”


‘aik? Dia baik pulak? Bukan dulu selalu tak puas hati dengan aku ke? Tak apalah kalau macam tu, dah dia nak baik, aku ok je.’


Mereka saling bertukar nombor telefon.

Kemudian dia terus menghubungi Ahmad apabila berada di maktab. Malangnya, ahmad malas nak jawab. 
Dibuatnya endah tak endah. Apabila bosan barulah dijawabnya.


Sehinggalah pada suatu hari....



*****


“Salam. Hari ni aku hepi sangat.”


Ketika itu waktu petang. Tiada apa yang boleh dilakukan ahmad, jadi dijawabnya,


            “wasalam, gembira sebab apa?”


“ada lah. Kau balas pun akhirnya kan.”


“ye lah. Eh, dah maghrib dah. Lepas isyak sambung k.”


Selepas solat isyak berjemaah di masjid,


“ok dah siap. Ceritalah”


“kau tahu tak kau beruntung.”


“untung? Sebab apa?”


“ada budak kat sekolah aku minat kat kau.”


“oh. Siapa?”


“Adalah budak tu.”


“dia ada facebook tak?”


“ada. Dia dah add pun.”


“oh.”


“Ada lagi sorang sebenarnya...”


“siapa?”


“aku...”


‘Emm... apa aku nak buat?’


“owh, tapi kalau nak jadi girlfriend aku, kena jawab satu soalan dulu.”


“soalan apa?”


“kalau aku tak pernah masuk MRSM, kau still suka kat aku tak?”


“secara automatiknya aku akan suka kat kau. Kenapa?”


“hmm... tak de pape, Cuma sebab ramai yang minat aku sebab MRSM ni. Aku taknak camtu.”


“oh.”


Tiba-tiba, satu perkara melayang di mindanya.


‘ambil jelah dia ni. Lagipun yang lain ramai dah ada awek. Aku je takde...’ bisiknya. Lalu ditaipnya...


“err, kau nak tak?”


“nak apa?”


“couple....”


“nak2...”


‘huh...’ bisiknya. ‘Nasib baik dia terima. Kalau tak malu gila.’


“kita panggil I U ye.”


“ok”


Sejak itu bermulalah kisah cinta mereka. ahmad teringat kata-kata ustazahnya di sekolah rendah dulu.


“tahu tak, ramai kawan ustazah yang kahwin sekarang kebanyakannya gaduh masa kat Universiti dulu.”


Ahmad yakin, memang gadis itu ditakdirkan untuknya. Mereka mula ber’sms’ setiap malam, ber’kolling’ sampai pagi.


“U tau tak, I sayang U sangat-sangat..”


“I pun sayang U jugak. Huhu....”


*****


*****


Azan asar berkumandang.


“astarghfirullah! aku terlupa! Asar lah!”


Selipar crocs menjadi pilihan. Dia bergegas ke masjid. usai solat asar,


“Ya Allah, jika engkau hendak menguji kekuatan imanku semula, maka kuatkanlah diriku. Kuatkanlah hatiku. Janganlah engkau menjatuhkan aku ke dalam jurang jahiliah itu semula. Engkau maha mengetahui, sesungguhnya kelemahanku adalah wanita. Aku tidak kuat apabila berbicara dengan mereka. Aku khuatir aku gagal menjaga hatiku. Lebih-lebih lagi ruang didalam hatiku yang sebelum ini diisi telah kukosongkan, demi untuk mendaulatkan syariat-Mu ya Allah. Bantulah aku ya Allah, sesungguhnya engkau maha berkuasa atas segala sesuatu, dan aku hanyalah hamba-Mu yang lemah dan tidak berdaya......”


Pulang ke bilik. Dicapainya ‘Risalah Pelajar’. al-ma’thuraat menjadi pilihan. Tiba-tiba, satu ayat membuatnya tersentuh.


“Allah pelindung orang-orang yang beriman. Dia mengeluarkan mereka dari kegelapan (kekafiran)kepada cahaya (iman). Dan orang-orang yang kafir, pelindungnya adalah syaitan, yang mengeluarkan mereka daripada cahaya (iman) kepada kegelapan (kekafiran). Mereka itu adalah penghuni neraka, mereka kekal di dalamnya.”    
(QS Al-Baqarah, 2:284)


Masa silam direnung kembali.


*****


Ahmad terus hanyut dalam dunia percintaannya. Pada masa yang sama, pihak MRSM PDRM sedang memilih ahli BADaR (Badan Agama dan Dakwah Rohani) yang baharu. Dia agak berminat  dengan tawaran tersebut.
Kemudian, ahli-ahli juga diajak untuk menyertai halaqah yang diadakan setiap minggu. ahmad menghadirinya dengan konsisten. Tapi dia tetap dengan gaya hidup yang sama.


Kemudian pada suatu petang sabtu,


“Fikri, aku nak pinjam buku ‘sinergi’ kau boleh tak? Boring ni. Nak baca pape.”


“ok. Jap.”


“thanks.”


Setelah dibacanya, terdapat satu artikel yang menarik perhatiannya.

{detik bersejarah}
Majlis malam itu berakhir dengan sesi ta'aruf,
Pukul 10 semua orang dah bebas untuk aktiviti sendiri
Lagipun kami semua penat..
Takkan nak panjang-panjangkan program sampai tengah malam..
Pihak penganjur pun faham..

Tiba-tiba saya tergerak hati untuk bertanya dengan fasilitator yang ada di situ..
Saya rasa inilah masa terbaik untuk tanya pendapat dia tentang couple.
Tapi saya teragak-agak..
"Kalaulah betul couple tu salah..habis tu,nak buat macam mana? Aku kena clash ke? Alah,buat apa fikir macam tu..tanya je la. Kalau tak buat salah, apa nak ditakutkan?"

Lalu saya menghampiri 'Brother' fasilitator tu..
Masa tu dia tengah membelek-belek terjemahan Al-Qurannya seorang diri.
"Assalamualaikum, bang, saya nak tanya sikit
boleh?"

"Em,boleh..duduklah. Anta nak tanya apa?"

"Er..macam ni, sebelum saya terlibat dengan dakwah ni, saya ada kenal seorang kawan ni, perempuan la. Tapi bukanla setakat kawan biasa..rapat gak la. Bukan rapat biasa,tapi rapatla.."

"Bercinta ke?"

Saya malu nak cakap yang saya couple. Nanti apa pula brother tu kata..mesti dia marah nanti. Saya pun angguk. Lepas tu saya tanya..

"Sebenarnya..couple ni boleh ke tak bang?"


"Akhi, memang fitrah manusia, lelaki akan tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah firman dalam surah Al-Isra', surah ke 17, dalam ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."

"Tapi bang,saya tak nampak pun yang kami ni menghampiri zina. Niat kami baik. Saya dah cuba sedaya upaya mengawal perhubungan kami. Sms pun takdelah jiwang-jiwang, selalu bagi tazkirah lagi. Kami selang-selang bagi, hari ni saya, esok dia."

Saya tak mahu mengalah.

"Memang betul niat anta baik. Tapi ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Cuba tengok ayat ni."

Sambil brother tu bukak Al-Quran dia, dan tunjuk pada saya ayat ini:

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan setan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.”
(Surah Al-Anakabut,Surah 29, ayat 38)

"Akhi, kalau anta faham ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada anta ialah, syaitan telah buat anta pandang indah benda buruk yang anta lakukan. Walaupun anta berpandangan tajam, maksudnya anta berilmu tinggi. Memang pada mulanya niat anta baik, tapi ingat, syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat anta terjerumus ke dalam kemaksiatan. Lagipun, takkanlah sepanjang masa anta sms dengan dia, anta ingat Allah. Mesti ada masanya anta hanya melayan perasaan dengan dia, kan?"


Betul juga katanya. Lepas tu saya kata, "Tapi bang, saya dah janji dengan dia tak nak jumpa lg. Sebab saya tahu kalau berjumpa nanti banyak bahayanya. Dan dia pun setuju. Kami sama-sama menjaga diri. Takkanlah ia boleh membawa kepada zina juga bang?"

"Em, betul, anta dah janji tak nak jumpa dengan dia lagi. Anta dah dapat elakkan zina mata, zina tangan, zina kaki. Kalau anta janji tak nak call die pula, anta dapat elak zina telinga dan zina lidah. Tapi akhi..masih ada zina yang tetap anta tak dapat elak apabila bercouple.."

"Zina hati?" Saya menduga.

"Betul, zina hati. Semua inilah yang Rasulullah jelaskan dalam hadithnya tentang bagaimana menghampiri zina tu. Anta boleh 'check' dalam Riyadahus Solihin, bawah bab larangan melihat wanita. Rasulullah bersabda, mata boleh berzina dengan melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia. Hakikatnye, macam mana pun anta buat, anta tetap tak dapat lari daripada zina hati."

Saya terdiam..kelu. Tak tahu apa nak dikata. Semua yang brother tu kata tiada yang salahnya. Kemudian dia sambung..

"Ana dulu pun couple gak. Lagi lama daripada anta. Sejak sekolah sampai dah masuk U, dekat nak gred. Tapi bila ana sedar apa yang ana buat ni salah, ana trus tinggalkan. Ana siap dah fikir, dialah bakal isteri ana, yang akan jadi ibu kepada anak-anak ana. Kalau nak diikutkan lagi besar masalah ana daripada anta."

"Saya risau la bang. Nanti apa kawan-kawan dia kata. Dulu saya selalu minta tolong mereka untuk rapat dengan dia. Mesti nanti mereka semua tak puas hati dengan saya. Dan dia sendiri pula, saya takut apa-apa akan jadi pada dia kalau dia tak dapat terima keputusan ni. Sebab kami dah rapat sangat."

Masa tu saya dah mula sebak. Malu betul. Menangis depan brother tu cerita pasal benda ni. Nasib baik tak ada org lain masa tu. Brother tu jawab..

"Kalau kawan-kawan dia tak puas hati pun, mereka boleh buat apa? Paling teruk pun, mereka akan mengata di belakang anta. Anta tak kurang sikit pun. Lagipun, dalam berdakwah ni, kita nak cari redha Allah, biarlah orang nak kata apa-apa sekali pun, yang penting redha Allah. Kalau Allah tak redha, semuanya dah tak bermakna lagi."

Saya terdiam lagi.


"Pasal dia pula, cube anta fikir dari sudut positif, mungkin dia akan terima keputusan anta scara matang. Mungkin dia juga akan buat keputusan untuk tidak lagi bercouple. Ana yakin, die takkan buat apa-apa perkara bodoh. Kalau die buat sekalipun, itu bukan tanggungjawab anta, apa yang anta nak buat tu betul, meninggalkan maksiat. Semua orang akan tanggung balasan atas perbuatannya sendiri."

Saya dah tak dapat tahan lagi. Masa itu saya menangis, saya dah sedar yang saya kena berhenti couple. Dah jelas sekarang, couple tu haram.

"Jadi apa saya nak buat bang?"

"Ana dulu, hantar satu sms je kat dia. Ana terangkan pada dia hubungan yang dibina itu salah. Minta maaf, kita berakhir di sini. Tolong jangan cari saya lagi. Lepas itu ana terus tukar nombor. Ana tak hubungi dia langsung lepas tu."

"Maksudnya, saya tak boleh hubungi dia lagi ke? Tapi bang, saya ade juga kawan perempuan lain, boleh pula saya hubungi mereka?"

"Dengan dia ni lain. Anta dah pernah ada 'sejarah' dengan dia. Tapi, kalau nanti ditaqdirkan anta satu universiti dengan dia, satu kuliah, lepas tu kena pula buat group discussion, masa tu anta hanya layan dia hanya sebagai group discussion partner."

Tiba-tiba saya terfikir..

"Dia ni nak suruh aku clash malam ni gak ke? Sekarang gak? Takkanlah awal sangat?"

Saya cakap..

"Saya rasa saya belum ade kekuatan la bang. Boleh tak saya tunggu sampai saya ada kekuatan, baru saya tinggalkan benda ni?"

Saya ingat nak lari la. Lalu dia jawab..

"Akhi, anta kena ingat. Kekuatan itu tidak boleh ditunggu, tapi ia perlu dibina. Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum itu mengubah keadaannya sendiri. Anta boleh rujuk surah Ar-Ra'du,surah ke-13,ayat 11. Lagipun, anta nak tunggu sampai bila baru nak tinggalkan couple ni..abang-abang fasilitator ni pun ramai yang pernah couple, bila masuk dakwah, mereka tinggalkan."

Alamak...tak boleh lari lagilah nampaknye..saya rasa macam brother ni paksa saya clash masa tu juga.

"Semuanya dah jelas rasanya..Nampaknya saya kena tinggalkanlah benda ni gak ye. Macam tak larat rasanya nak tekan button handphone ni. Rasa tak sanggup."

"Kalau tak sanggup mari ana tolong tekankan."

"Eh, tak apalah bang. Biar saya taip sendiri."

Teragak-agak saya nak taip masa tu. Tapi saya gagahkn juga diri..

"Semuanya dah jelas..buat apa aku tangguh-tangguh lagi. Takut nanti hidayah ni Allah tarik, susah pula nak tinggalkan. Kan aku selalu doa supaya dijauhkan dari maksiat..jadi rasanya, inilah masanya.."

Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..

"Assalamualaikum..Sebenarnya selama ini hubungan kita salah di sisi Islam. Saya ingat dengan mengubah cara pergaulan kita, ia dah dibolehkan, tapi sebenarnya ia tetap berdosa. Saya harap awak akan istiqamah meneruskan perubahan yang awak dah buat, kerana Allah. Saya minta maaf atas segala yang dah berlaku. Kalau ada jodoh insya-Allah, akan bertemu juga. Assalamualaikum.."

Berat betul nak hantar sms tu kat awak. Saya masih tak mampu nak ucap selamat tiggal. Sebab tu dalam sms tu saya hanya akhirkan dengan ucapan salam. Lepas beberapa ketika..saya tekan juga button [send].

Lepas tu tertera di skrin..

[SENDING..]
[MESSAGE SENT]

Masa tu saya rasa macam separuh hidup saya dah hilang. Macam tak percaya..saya dah hantar 1 sms, dan clash dengan awak..

"Terima kasih bang.."

"Takpe, dah tanggungjawab.."

Malam tu saya saya tidur dengan linangan air mata..tak sangka..memang tak disangka..Saya memang tak pernah terfikir untuk clash, tapi itulah yang terbaik untuk kita sebenarnya..Tiba-tiba saya teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,ayat 216..

“Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

*******
Masa terus berlalu.. Saya terus sibukkan diri dengan kerja-kerja lain. Dalam usaha nak lupakan awak, bukan senang,tapi saya terus cuba. Saya selalu bagi tazkirah, ingatkan orang. Saya bagi ta'lim di msjid, terangkan pada orang, couple haram, tunjuk segala dalil.. Macam-macam yang berlaku..ada kritikan..ade gak yang setuju..tapi tak kisahlah semua tu..

Tiba-tiba satu pagi ni, dapat sms daripada awak..awak bagi gambar bunga..bawah tu ada ayat..

"Seindah gubahan pertama.."

Saya rasa awak masih tak dapat lupakan saya. Saya pun fikir.."Kena tegaskan rasanya". Lepas tu saya hantarlah sms ni. Dan rasanya itulah yg terakhir..

"Tiada yang lebih indah daripada mendapat keredahaan ilahi..seindah manapun gubahan pertama tu, selagi tak mendapat keredhaanNya, tetap tiada gunanya..

Assalamualaikum..saya tahu, dulu saya cakap, kalau ada jodoh, insya-Allah akan bertemu juga. Tapi saya tak nak awak tunggu. Lupakan saya. Biar Allah yang menentukan..Lagi satu,

Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..

Tapi carilah cinta Allah..
Tiada penipuan,
Tidakkan pernah mengecewakan
Itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..

-Yang Terakhir- "

[SEND]

[SENDING..]

[MESSAGE SENT]

Saya dah buat keputusan.
Saya pasti apa yang saya buat ni betul.
Saya yakin, Allah akan sediakan yang terbaik untuk saya.
Saya takkan berpatah balik..
takkan.. buat selama-lamanya....
*****


 Artikel tersebut merupakan sebuah cerpen karya seorang pelajar universiti yang aktif dalam aktiviti dakwah. Betapa hati ahmad tersentuh membaca artikel tersebut. Dia mula insaf. Air matanya mengalir. Dicapainya diari hitam kesayangannya.  Beberapa kata-kata diukir di dalamnya:


“aku rasa aku dah dapat hidayah. Apa yang aku buat selama ni salah. Aku kena berubah. Aku taknak perkara ni buat aku terus hanyut. Ya Allah, bantulah aku. Aku bersyukur kerana engkau telah memberiku hidayah petunjuk-Mu. Teruskanlah membimbingku ya Allah.”



Beberapa strategi diambil. Mutaba’ahnya diperkemas. Pada mulanya, hampir setiap kali Ahmad gagal. Walaubagaimanapun, dia tidak mengalah. Artikel tersebut dijadikan peniup semangat baginya untuk terus istiqamah dalam proses perubahannya.


Walaupun begitu, dia masih dalam dunia percintaan. Tapi murabbi-murabbinya terus memberi motivasi kepadanya. Turut dibantu oleh ikhwah-ikhwah yang lain. Ahmad semakin lama semakin dekat kepada islam yang hakiki.


Akhirnya, tibalah masa untuk ‘detik bersejarah’ baginya pula.


Bismillahirrahmanirrahim, bisiknya. ‘Apa yang aku buat ni sebab aku nak cari redha ilahi. Tak ada guna pun perkara ni.’


“salam, macam mana study?”   bicara dimulakan.


“wasalam, ok je. Kenapa?”


“oh, baguslah kalau macam tu. tak ada pape, saja je.”


“oh, ok2.”


“errr.....”


“kenapa?”


“errrr..... U rse perlu ke kita couple lagi?”


“kenapa U tiba-tiba cakap macam ni?”


“I dah sedar. Apa yang kita buat ni salah. U paham kan.”


“tak.”


“sepanjang kita couple, banyak dosa yang kita dah lakukan. I tak sanggup nak tambah lagi.”


“oh. Kiranya U nak clash lah ni?”


“emm... I rse itulah yang sebaiknya. Sebab kita sebenarnya tak boleh terus macam ni. Islam 
larang benda-benda ni sebenarnya.”


“ok. Saya paham. Jangan lah fikir banyak-banyak sangat. Study dulu.”


“ok.... thanks sbb phm. :)”


“welcome.... :)”


Alhamdulillah, bicara hatinya. Tetapi hatinya masih tidak tenang. Dia perlukan satu lagi jawapan. masih ada satu perkara lagi yang perlu dipastikan.


“err, stu lg.”


“apa?”


“saya perlukan awak. Hidup saya tak sempurna tanpa awak. Tapi saya taknak sekarang. Saya nak bila dah tiba masanya. Boleh tak awak janji dekat saya?”


“janji apa?”


“janji yang awak akan tunggu saya.”


“Insya-Allah. Yang tu, terpulang pada jodoh.”


“ok thanks. We’re still friends, right? Salam...”


“welcome.. of course friends.... wslm”


Hatinya berbunga. Dikarangnya sebuah sajak baginya didalam diari. Dia merasakan telah mendapat keduanya: redha Ilahi, dan jaminan cinta.


*****


“aik, jauh termenung!”  Fitri menyapa.


“astarghfirullah. Kau ni buat aku terkejut je. Boleh kena serangan jantung tahu tak.”


“yelah, sori ok. Tapi kau taknak bersiap ke? Dah pukul 6 suku. Kan malam ni kau ada halaqah.”


“oh, ye tak ye jugak. Dah lewat rupanya ye. Aku banyak buang masa. Ok syukran fitri.”


“afwan.”


Tuala dicapai. Fikirannya jauh menerawang merancang aktiviti malam tersebut.


“ah, abaikan dululah reminder tu. malam karang fikir balik apa nak buat.”


*****


Malam itu, sewaktu sesi halaqah:


“dalam melakukan ibadah kepada Allah, mula-mula memang terasa begitu perit. Namun percayalah, tiada apa yang lebih perit selain azab Allah diakhirat kelak.”


Halaqah disambung seperti biasa. Kemudian tamatlah sesi tersebut. Ikhwah-ikhwah yang lain semuanya pulang ke asrama, kecuali ahmad dan seorang ikhwahnya. Ahmad memang memerlukan nasihat orang sepertinya. Akh asyraf.


“akhi, jom balik sama-sama”  ahmad memanggilnya.


“ok.”


“akhi, ana nak mintak tolong antum boleh tak? Ana perlukan nasihat antum.”


“antum ada masalah ke? Cuba cerita, insya-Allah ana cuba bantu.”


“macam ni....”


Masalahnya diceritakan. Semua sejarahnya diungkap. Akh asyraf hanya mendengar.


“so sekarang apa patut ana buat?”


“astarghfirullah. Antum suruh dia tunggu?”


“haah. Sekurang-kurangnya ana dapat pastikan dia akan jadi milik ana. Kalau bukan sekarang pun, nanti. Kenapa?”


emm... salah tu. kita tak boleh buat macam tu. jodoh tu ketentuan Allah.”


“err....”


“ana pun pernah hadapi masalah yang sama dengan antum. Ana buat macam ni, ana suruh study dulu, lepas masuk U nanti baru bincang sama ada nak sambung balik  atau tak. Kalau nak sambung, kena nikah.”


“......”


“tapi kes antum lain. Antum tak boleh kawal hati kalau mesej dengan dia kan? Ana boleh.”


“haah....”


“ana nasihatkan cuba putuskan hubungan. Tapi sikit-sikit. Mungkin mula-mula seminggu sekali, lepas tu sebulan sekali. Lama-lama tak payah mesej langsung. Dan cakap dekat dia jangan tunggu antum.”


“ok... tapi ana nak terus putus. Boleh tak? Ana taknak bazir masa.”


“Tindakan tu agak drastik. Tapi boleh. Tindakan tu memang yang terbaik. Tak kiralah kita boleh kawal hati ke tak, jalan yang terbaik sebenarnya putus terus. Sebab kita pernah ada sejarah dengan mereka. Perasaan tu tak sama dengan kawan perempuan  yang lain.”


“ok.”


“tapi antum kena terangkan betul-betul. Takut dia tak boleh terima kenyataan je.”


“ana cuba. Oh, satu lagi. Kalau nanti bila ana dah sampai masa nak berumahtangga, siapa yang patut ana pilih? Dia ataupun orang lain?”


“pendapat ana, kalau antum memang sayangkan dia, kenapa nak pilih orang lain? Tapi ana tahu, lama-lama perasaan tu akan hilang. Nanti bila dah tiba masanya, antum istikharah. Buat masa sekarang, tak payah fikir dulu pun tak apa.”



“ok. Ana paham. Jazakallah khair akhi. Uhibbuka fillah.”


“waiyyakum.... ok goodnight, jangan lupa tahajjud! Salam...”


“insya-Allah. Wassalam.....”


Beg diletakkan di atas meja. Dicapai telefon bimbitnya.


“Sekarang aku faham apa aku nak buat.”


Ditaipnya mesej tersebut dengan berhati-hati. Ayatnya perlu jelas. Dia tidak ingin terjadi sebarang salah faham.


“salam. First,happy birthday! Semoga Allah terus memanjangkan umur awak selagi berada dalam keredhaan-Nya.”


“wasalam. Thanks. Amin.... huhu”


“ok, saya ada benda nak cakap ni.”


“apa?”


“pasal yang haritu. Saya ada suruh awak tunggu saya kan. Jangan tunggu. Biar Allah yang tentukan.”


“oh. Ok.”


“awak masih ingat pada saya tak?”


“kadang-kadang”


“ok. Kalau nak senang bagi kita lupa antara satu sama lain, apa kata kita tak payah berhubung lagi lepas ni. Hari ini yang terakhir. Boleh tak...”


“huh! Ye ar....”


“saya nak awak faham.... saya tak boleh kawal hati kalau SMS dengan awak.”


“ye....”


“saya tahu awak sedih. Tak apa. Saya oun sedih. Ingat, ‘janganlah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita’. Biar kita sedih sekarang. Janji kat akhirat kita bergembira.”


“.........”




“boleh tak awak janji satu perkara kat saya?”


“apa?”


“janji dengan saya, awak akan jadi wanita solehah. Boleh?”


“ok. Awak pun kena jadi soleh. Ingat tu.”


“saya janji.”


“ok....”


“awak ada apa-apa nak cakap? Saya rasa ni yang terakhir.”


“Tak ada pape kot. Saya rasa ok r. padam semua mesej supaya awak boleh lupakan saya.”


“maafkan saya kalau saya ada buat salah sepanjang kita berhubungan. Untuk awak:


Jangan cari cinta manusia,
ia penuh dengan penipuan,
kekecewaan,
dan tak kekal..


Tapi carilah cinta Allah..
Tiada penipuan,
Tidakkan pernah mengecewakan
Itulah cinta abadi..
Cinta yang diredhai..
-Yang Terakhir- "


Tiada lagi mesej yang diterima. Air mata ahmad bercucuran membasahi pipinya. Tiba-tiba, satu mesej memberikan berita. Berita kepastian bahawa mereka tidak akan berhubungan lagi selepas ini. Tidak, bukan sekarang masa untuk dia menghadapinya.


{From: Maxis}
“RM0. Your SMS didn't reach 01x-xxxxxxx as the phone is switched off. It'll be sent once the phone is switched on. To stop these alerts, send STOP to 22021.”





Hatinya remuk. Begitu sebak.


Namun perkara ini masih belum selesai. Digagahi semampunya. Mesej serta contact numbernya didelete. Semua maklumat, termasuk reminder tersebut, dipadam.


“tinggal satu lagi.”


Kad sim dikeluarkan.dipatahkannya menjadi dua. Dicampaknya keatas katil.


“sekarang semuanya dah selesai.”


Solat hajat didirikan.


“Ya Allah! Engkaulah yang maha berkuasa atas tiap sesuatu. Bantulah aku ya Allah. Ubatilah kegersangan hatiku dengan cinta-Mu wahai Yang Maha Pengasih. Bantulah aku...."


“......ketika itu dia berkata kepada sahabatnya: ‘janganlah kamu bersedih! Sesungguhnya Allah bersama-sama kita.’ Maka Allah menurunkan ketenangan kepadanya dan membantu dia dengan bala tentera yang tidak terlihat olehmu, dan dia menjadikan seruan orang kafir itu rendah. Dan firman Allah itulah yang tinggi. Allah maha perkasa, maha bijaksana.”
(QS At-taubah 9:40)

Ahmad yakin. Itulah yang terbaik. Betapa sebaknya perasaan, betapa hancurnya hati, akan diubati jua. Itulah janji Allah kepada sesiapa yang mengasihi-Nya. Kali ini Ahmad benar-benar faham erti sebenar ‘CINTA’. Dia yakin, dia Allah akan memberikan yang terbaik untuknya. Dia bersumpah, dia tidak akan kembali kedalam jurang jahiliah itu semula.


Takkan.....
takkan, buat selama-lamanya....


*****
:')

3 comments:

  1. As salam...Salam ukwah...Cerpen yg awk buat ni serba sedkit memberi pngjran dn iktbar dlm hdup sya...Mlah sya pernah melalui smua ini,alhmdulilah...Allah berikn hdyah pda sya agar sya berubah dn terus memperbaiki kelemhan dri dn juga berusaha dalm mncpai redha Allah...Oleh itu, izinkn sya kongsikn kisah ini pda shabt2 yg lain...Smoga mreka mndpat iktbar dri kisah ni...Terima kash... :-)

    ReplyDelete
  2. wassalam wbt.
    silakan sahaja saudari...
    maaf gaya penulisan seorang budak,
    waktu itu saya masih terlalu mentah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!