"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Friday, June 24, 2011

cerpen: Inilah Masanya....

Sabda rasulullah s.a.w:

“Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan, yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”

*****

“macam mana mutabaah antum semua? Ada peningkatan tak?”

Hakim tersentak. Tak disangka ungkapan sebegitu akan keluar daripada murobbinya. Sementara ikhwah yang lain menceritakan peningkatan mutabaah mereka, hakim hanya mendiamkan diri.

“kenapa akh? Ada masalah ke?” murobbinya bertanya.

Hakim hanya tunduk merenung lantai masjid.

“kenapa akh? Ada masalah ke?” soalan diulangi.

Sekali lagi tiada respons yang diterima. Hanya sekujur tubuh yang tunduk merenung lantai kelihatan.

Faiz berfikir sejenak,

“kenapa dengan hakim ni? apa masalah dia? Patutkah aku desak dia sekarang?”

Hampir sahaja Faiz kalah dengan desakan. Namun dia teringat firman allah,

“tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, Sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu Termasuk hal-hal yang diutamakan.”
(QS42. Asy Syuura ayat 43)

Lalu dia pun bersabar. Halaqoh diteruskan. Faiz memberikan taklim tentang pentingnya hikmah dalam usaha dakwah. Sepanjang sesi tersebut, mata hakim hanya berkaca-kaca. Faiz hanya mampu untuk berpura-pura tidak menghiraukan reaksi hakim. Baginya, biarlah dia mendekati anak halaqohnya itu pada masa yang sesuai. Semoga ikatan hati antara mereka yang dibina atas dasar keimanan dapat membantunya mengenalpasti apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh anak halaqohnya yang seorang ini.

Sudah menjadi tanggungjawab baginya sebagai murobbi, untuk membantu mutarobbinya dalam masalah yang dihadapi. Dia tahu, rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.”

*****

Angin sepoi-sepoi bahasa pada pagi itu. Tasbih, tahmid, dan zikrullah memenuhi ruang udara. Burung-burung berkicauan, memuji kebesaran Yang Maha Esa.





Hakim menghempaskan dirinya di atas katil, baru selesai solat dhuha. Lelah sejak semalam masih belum hilang dari ingatannya. Halaqoh semalam berakhir pada jam 3 pagi. Memang agak lewat, namun dia ingat pesanan faiz bahawa apa yang kita korbankan, samaada masa, tenaga, harta, atau apa sahaja pasti akan Allah gantikan dengan yang setimpal atau yang lebih baik.

Allah tidak akan menzalimi hambanya walau sebesar zarah. Setiap orang mendapat sesuai dengan apa yang dia berikan. Allah tidak akan mensia-siakan hambanya yang beramal, baik lelaki mahupun perempuan. Itu janji Allah.

Derakkan tapak kaki menandakan kedatangan seseorang. Sebaik terdengar kalimah zikrullah yang tidak henti-henti memuji kebesaran Allah, hakim tahu, memang tiada orang lain yang sedang menuju ke pintu biliknya itu. Ya, itu memang dia. Siapa lagi selain murobbinya yang tercinta. Kedatangannya memang bukan satu kejutan, mengambil kira kelakuannya dalam sesi halaqoh semalam.

“assalamualaikum......” kedengaran suaranya, jelas namun halus. Pasti menyejukkan hati orang yang berbicara dengannya.

Pintu dibuka. Ya, memang dugaannya benar. Dalam kesibukkan pelajaran dan urusan dakwah, faiz masih mampu meluangkan masa bagi menjenguk dan mengetahui apakah masalah yang dihadapi oleh mutarobbinya itu.

Faiz dijemput masuk. “apa masalah anta?” soal faiz kepada mutarobbinya itu. Hakim hanya memandang lantai tanpa sebarang respons. Soalan tersebut diulang, tetapi kali ini dengan lebih lembut seperti seorang ayah.

Akhirnya hakim mahu menceritakan apa yang berlaku. Hakim mengaku mutaba’ahnya makin berkurangan berbanding dengan ikhwah yang lain. Terasa dirinya sungguh berdosa dan hina lantaran jauh daripada Allah.

Faiz mendengar dengan  penuh prihatin. Kemudian, faiz tersenyum akibat gelagat yang dilakukan oleh hakim. Faiz menasihati hakim.

“akh, memang patut kita ni berasa hina. Sebab kita ni memang hamba yang sangat hina. Memang patut kita bersedih bila mana mutaba’ah kita menurun, namun anta kena ingat satu perkara. Kita tak boleh larut dalam kesedihan. Itulah sebenarnya yang syaitan nak, supaya kita tinggalkan terus ibadah walau macam mana pun. Anta kena bangkit.

Anta ingat pesan ana ni. kekuatan tak boleh ditunggu, ia perlu dibina. Kalau sekadar antum nak menunggu, sampai bila akh?

Keluarkan terjemahan anta. Bukak surah 57, ayat 16.

“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(QS57. Al Hadiid ayat 16)

Allah soal kita akh, sampai bila kita nak tunggu kekuatan tu? sebab tu akh, inilah masanya. Antum kena bina kekuatan, bukan tunggu kekuatan. Kalau kita asyik sedih je, sampai bila baru kita nak bangkit?”

“.........”

“antum nak dengar satu cerita tak?”

“nak.”

“ok, dengar tau. Ni cerita ana. Panjang la jugak.”



*****

Masa tu ana masih awal dalam tarbiyah. Ana rajin ikut halaqoh, cuma masa tu ana belum tinggalkan karat-karat jahiliyah dalam diri ana lg. Selalunya mutaba’ah ana down... hehe...

Suatu hari, murobbi ana datang ziarah dan tanya pada ana,

“Faiz, ana dengar antum masih lagi bercouple, game, apa segala macam semua tu. betul ke?”

Ana dengan selamba menjawab,

“err.... haah.”

“tapi, antum dah lama ikut halaqoh kan?”

“ana rasa ana belum bersedia lagi la akh nak tinggal semua tu. ana dah cuba, tapi susah la...”

Murobbi ana pun senyum pada ana. Dan dia bagi ayat yang sama,


“Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk tunduk hati mereka mengingat Allah dan kepada kebenaran yang telah turun (kepada mereka), dan janganlah mereka seperti orang-orang yang sebelumnya telah diturunkan Al kitab kepadanya, kemudian berlalulah masa yang panjang atas mereka lalu hati mereka menjadi keras. dan kebanyakan di antara mereka adalah orang-orang yang fasik.”
(QS57. Al Hadiid ayat 16)

“akh, Allah dah tanya, sampai bila antum nak tunggu? Sampai bila antum nak terus macam ni? antum kena ingat, kekuatan tu bukan macam pancing ikan. Ia tak boleh ditunggu, ia perlu dibina. Antum cuba tengok, ikhwah yang lain dah lama tinggal semua tu. antum pulak? Kalau diorang mampu, kenapa antum tak mampu? Mereka pun ada nafsu jugak akh. Cuma mereka mampu mencipta kekuatan dan membantunya supaya keimanan lebih kuat daripada nafsu dan godaan.”

“tapi ana tak cukup kuat.”

“tak cukup kuat bukan alasan untuk tidak berbuat akh. Tapi sebaliknya sebab tak cukup kuatlah kita kena bina kekuatan sehingga kita mampu. Ana yakin antum boleh. Ana pun pernah rasa macam antum. Tapi murobbi ana nasihat ana, dan jadilah ana sampai macam ni sekarang.”

Melihat keadaan ana yang maasih macam tak yakin, murobbi ana kata,

“ok. Takpe. Antum mungkin tak yakin. Macam ni, minggu depan antum free kan? Ana bawa antum pergi satu tempat. Nak?”

“nak!”

“Tapi ada syarat. Mulai esok, antum kena cuba sedaya upaya untuk elak benda apa segala macam yang antum buat sekarang ni. kalau antum terlepas, cepat-cepat taubat. Dan lawan syaitan tu macam musuh.”

“Tapi macam susah je.”

“boleh je sebenarnya, antum cuba sibukkan diri dengan ibadah, dengan dakwah, bersama ikhwah. Insya-Allah boleh. Nak ke tak pergi ni? kalau tak nak, takpe....”

“ala! Ok-ok....”

*****

Sepanjang minggu ana cuba lawan maksiat tu.... game, couple, movie, apa segala macam semua ana lawan habis-habisan. hari-hari pertama, susah sangat. Rasa macam nak pecah kepala. Tension betul. Tapi lepas beberapa hari, dia mula jadi ok. Ada la juga sikit-sikit terlepas, namun lepas tu ana taubat dan berazam untuk tak ulang.

Then, hari tu pun sampai. Murobbi ana bawa ana pergi pantai. 




“akh, cuba antum tengok kapal layar tu. dia pakai angin kan? Agak-agak, kalau ada orang naik kapal tu,
lepas tu angin tolak dia jauh dari pantai. Dia boleh patah balik tak?”

“err.... rasanya tak.”

“boleh, tapi nanti kena makan jerung baru sampailah... hehe... sama jugak khi. Antum dah mula tinggalkan maksiat, dah mula naikkan mutaba’ah down. Sepatutnya antum dah tak boleh patah balik. Kalau antum patah balik juga, jadilah macam ana cakap, kena makan jerung. Hehe..”

Ana mula-mula kurang faham. Lepas ana ulang beberapa kali, baru ana sedar. Betul juga kata-kata dia tu. bila kita nak mula, memang terlalu susah. Tapi lepas tu ia pasti semakin senang.

Tanpa ana sedar, air mata jatuh dari pipi ana. Tenangnya hati ini bersyukur mengingatkan hidayah yang Allah beri dalam keadaan ana yang macam tu.

“ Barangsiapa yang Allah menghendaki akan memberikan kepadanya petunjuk, niscaya Dia melapangkan dadanya untuk (memeluk agama) Islam.”
(QS6. Al An'am ayat 125)

*****

“Ana terus perbaiki diri ana lepas tu. akhirnya, jadilah ana macam sekarang. Memang macam ni jalan tarbiyah akh. Tak ada yang senang, semuanya susah. Tapi ingat, setiap kesusahan kita ada balasanya di sisi Allah. buat masa ni, kita hanya perlu sabar sahaja. Biarlah kita susah di dunia, janji di akhirat nanti kita senang.”

Panjang lebar Faiz bercerita. Cucuran air mata hakim semakin banyak. Namun kemudian tiba-tiba dia bangkit dan mengambil terjemahan al-qurannya.



“kenapa akh?” tanya faiz.

“ana nak bangkit balik. Macam mana pun, hari ni ana kena habiskan 3 juz. Inilah masanya, betul tak murobbiku?”

Faiz tersenyum. Kali ini dia pula menitiskan air mata. Sekelimut tahmid merentasi bibir memuji kebesaran yang maha esa. Tidak dapat digambarkan nikmatnya berada dalam tarbiyah. Ukkuwah islamiyah yang dibina atas dasar keimanan sememangnya begitu indah. Itulah kelebihan cinta kerana Allah.

“dan berpeganglah kamu semuanya kepada tali (agama) Allah, dan janganlah kamu bercerai berai, dan ingatlah akan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu (masa Jahiliyah) bermusuh-musuhan, Maka Allah mempersatukan hatimu, lalu menjadilah kamu karena nikmat Allah, orang-orang yang bersaudara; dan kamu telah berada di tepi jurang neraka, lalu Allah menyelamatkan kamu dari padanya. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepadamu, agar kamu mendapat petunjuk.”
(QS3. Ali 'Imran ayat 103)

“akh, uhibbukum fillah.”

Faiz memeluk hakim.



“moga kekuatan ukkuwah kita akan membawa kita ke syurga...”


*****

"Nak pergi halaqoh",
Akh Megat Shahr Al-Imran,
MRSM PDRM Kulim,
2048 hrs, 24062011.

4 comments:

  1. hehe... ilham selepas halaqoh..

    ReplyDelete
  2. Murobbi-mutarobbi dua kali lima...
    (hehe)<--Treadmark (^_^)

    Keep it up!

    ReplyDelete
  3. ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi....
    huhu.... insyaAllah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!