"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Wednesday, April 11, 2012

Pendidikan : "sangkar yang mengurung"

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~

Seekor burung mempunyai kepak yang sangat mengagumkan.

Ia mampu terbang sehingga 80 km/h!

Namun, setiap kali ia mahu terbang jauh, ia terhalang.

Terhalang oleh sebuah sangkar.

Itulah, sangkar yang mengurung.

*****



*****


Peristiwa itu masih saya ingati.

Tahun 2008, saya mendapat 5A di dalam UPSR. Sangat gembira dan bangga. Tidak dilupakan usaha yang sangat banyak dalam mencapainya.

Tahun 2009, saya memasuki Maktab Rendah Sains MARA PDRM Kulim. Guru saya berkata, UPSR itu terlalu mudah. Kamu perlu berusaha lebih untuk PMR ini. Ini bukan main-main.

Maka saya berusaha bersungguh-sungguh untuk terus Berjaya. Saya berusaha lebih daripada pelajar lain di maktab itu. Akhirnya pada tahun 2011, saya mendapat 9A dalam PMR.

Tahun ini, saya memasuki Maktab Rendah Sains MARA Bitara Pengkalan Chepa. MRSM yang Berjaya mencapai tempat pertama dalam SPM pada tahun 2010.

Kali ini, guru saya berkata. PMR itu terlalu mudah, kamu mesti lebih berusaha untuk SPM. PMR itu, sudah tidak penting pun sekarang.

*****

Hari ini, saya tertanya-tanya. Kalau begitu, apa gunanya saya berusaha selama ini?

Saya mengorbankan waktu saya, mengulangkaji pembelajaran. Sedangkan rakan-rakan saya menghabiskan masa bermain.

Saya menerima tekanan bertimbun-timbun. Namun rakan saya seronok berbual, menghabiskan masa bersama, mencipta memori indah bersama.

Dan hari ini, saya bakal mengambil peperiksaan SPM tahun hadapan. Mereka juga begitu.

Kalau begitu, apakah bezanya kami?

saya mengenali ramai individu, yang di sekolah tidak begitu berjaya, namun di universiti? Di alam pekerjaan?

Mereka lebih berjaya. Mereka lebih berkemahiran daripada orang lain, yang penuh dengan A di dalam sijilnya, namun apabila diminta membuat sesuatu, tidak mampu. Tidak berpengalaman.

Sebahagian rakan saya mahir bermain gitar, melukis, menyanyi, membuat pelbagai perkara.

Namun saya? Apa yang mampu saya lakukan sekarang?

Menyelesaikan  “x2 + 6x +4 = 60” ?  apa gunanya?

*****

Bahkan bukan itu sahaja, sijil SPM kita juga, sebenarnya tidak begitu diperakui di sesetengah universiti di luar Negara!

Beberapa minggu yang lepas, pihak penganjuran MARA hadir ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa untuk memberi taklimat tentang beberapa program yang ditaja oleh MARA.

Setelah dipaparkan program-program yang ditawarkan, salah seorang pelajar lau bertanya,

“akak (wakilnya itu seorang wanita), International Baccalaureate (IB) itu apa?”


Wakil tersebut menjawab,

“sijil SPM di Negara kita tidak cukup diperakui untuk memasuki universiti-universiti tertentu di luar Negara. Jadi untuk memasukinya, adik perlu mengambil sijil ini, International Baccalaureate.”

*****

Baru-baru ini, di MRSM pengkalan chepa. Sewaktu kelas bahasa Inggeris, guru saya berkata,

“okay class, write something about your family.”

Saya terpinga-pinga. Keluarga?

Saya memberanikan diri bertanya.

“err, teacher? Can I write about something else?”

Lalu dijawab dengan mudah,

“as long as it is related to your family.”

Saya sangat tidak bersetuju dengan cara pengajaran seperti ini.

Saya bertanya kepada diri saya, sebenarnya mengapa sekolah di Malaysia mengajar matapelajaran Matematik Tambahan?

Apa gunanya menyelesaikan “x2 + 6x +4 = 60” ? apa faedah yang boleh saya dapat?

Saya berpendapat, mereka ingin mengasah kemahiran pelajar berfikir.  (ini hanya pendapat saya.)

Namun, situasi sewaktu kelas bahasa inggeris tadi sangat berlainan. Disuruhnya menulis mengenai keluarga? Apa faedahnya? Boleh dihantar untuk diterbitkan oleh penerbit surat khabar ke?

Bukankah lebih baik disuruh menulis mengenai keadaan politik, atau keadaan sosial, atau permasalahan ekonomi, berbanding menulis mengenai keluarga?

*****

Hidup ini bukan sekadar memperoleh semua A dalam peperiksaan, sama ada UPSR, PMR, mahupun SPM.
Minggu yang lalu, sewaktu saya memohon cuti untuk melawat MRSM PDRM yang tercinta, untuk mencipta memori terakhir, timbalan pengetua MRSM Pengkalan Chepa berkata,

“I know you had worked hard. But there are more things in life. PMR sudah lepas. Buat apa meraikan yang lalu.”

Saya berfikir, jika perkara yang lepas ini tidak berguna lagi, apa gunanya saya berusaha dan meninggalkan perkara lain semasa PMR dahulu? Dan hari ini, apa gunanya saya berusaha dan meninggalkan perkara lain yang lebih hebat, lebih penting jikalau nanti pada masa depan, SPM sudah tidak penting lagi?

Yang lebih penting ialah, pengalaman yang kita punyai.

Yang kita perlukan sekarang ialah ilmu yang bermanfaat, bukan sekadar info!

kalau sekadar dapat semua A, berpuluh ribu orang mendapat semua A!

Namun menjadi hamba Allah yang bertaqwa, berapa ramai?

Menjadi mujahid di jalan Allah, berapa ramai?

Itulah mereka yang extraordinary. Mereka yang berfikir untuk masa depan.

Masa depan di dunia, mereka mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran. Pengucapan awam, berurusan secara rasmi, mengurus rumah tangga, kemahiran berkomunikasi, dan lain-lain

Masa depan di akhirat, mereka berusaha menginfakkan semuanya, harta, perasaan, kemewahan, bahkan diri mereka untuk islam! Mereka hanya mengharapkan redha-Nya, bukan sekadar A di dalam peperiksaan!

*****

“Education is not the filling of a pail. It is a lighting of a matchstick.”
[Arnold H. Glasow]




*****

“Hidup ini bukan sekadar memperoleh semua A di dalam peperiksaan.
There are more things in life.”
[Megat Shahr Al-Imran]

*****



*****

“ ingin mencari ilmu, bukan sekadar info.”
Megat Shahr Al-Imran,
Baiti Jannati,
2123 hrs  11042012.

3 comments:

  1. yesss.itu lah norma education di malaysia, belajar utk lulus exam. bukan utk ilmu semata :) bagus lah adik belajar utk ilmu.alhamdullillah.

    ReplyDelete
  2. I agree with ur view. But I wonder how many people, or should we be more specific, how many Muslim have the same idea/real niat in their study. Such a good reminder. Thank you, dik :)

    ReplyDelete
  3. I agree with ur view. But I wonder how many people, or should we be more specific, how many Muslim have the same idea/real niat in their study. Such a good reminder. Thank you, dik :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!