"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Saturday, April 7, 2012

Bersaing, namun kerana apa?

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~


bergegaslah kalian mengerjakan amal-amal saleh,” demikian mafhum sabda rasul yang mulia.

“karena akan terjadi bencana, laksana malam yang gelap gelita, yaitu di pagi hari seseorang masih beriman tetapi pada petang ia sudah kafir, atau pada petang hari ia masih beriman tetapi pada pagi harinya ia sudah kafir. Ia rela menukar agamanya dengan sedikit keuntungan duniawi.”
(HR. Muslim, Kitab: Iman  1/110 No  88)

*****

Sudah hampir sebulan saya tidak dapat menulis.

Tertekan dengan beban tugas yang semakin menggunung.

Ditambah dengan penutupan akses ke semua domain ‘blogspot.com’ oleh admin pihak maktab.

Tetapi saya di sini bukan untuk bercerita tentang itu.

*****


*****

Hampir 2 bulan saya telah berada di MRSM Bitara Pengkalan Chepa ini.

Dan dalam masa 2 bulan itu jugalah, banyak yang berlaku.

Fitrah kita sebagai manusia, perlu sentiasa belajar. Setiap perkara boleh kita jadikan ibrah, walau sekecil mana pun perkara itu pada pandangan kita. Hakikatnya, semua perkara adalah signifikan.

Apabila kita terus belajar dan belajar, itulah yang membuktikan kita mengakui diri sebagai seorang manusia.

*****

Tempat baru, kenalan baru. Semuanya memberikan pengalaman baru dalam diri. Sesuatu yang lebih penting daripada harta. Pengalaman.

Ditakdirkan berada di sebuah sekolah yang mana pelajar-pelajarnya sangat bijak, mengakibatkan wujudnya sebuah kondisi.

Persaingan.



Masing-masing mahu menunjukkan yang terbaik. Bagi mereka, itulah segalanya. Menjadi yang terbaik.

Dalam kepimpinan, semuanya mahu menonjolkan diri. Pelbagai cara dibuat, berpidato, mengampu para senior, menjadi hipokrit, membolot semua organisasi, dan bermacam-macam cara lagi digunakan untuk meraih populariti.

Untuk akademiknya pula, jangan terkejut kalau saya katakan bahawa, penerima dean’s list, atau anugerah pengetuanya sahaja, boleh mencapai 250 orang bagi setiap batch, bahkan jumlah ahli batch itu sahaja baru mencapai 330 orang! Terlalu ramai!

Persaingan yang sangat sengit. Semua pelajar berebut untuk menjadi yang terbaik. Semuanya bersungguh-sungguh untuk menjadi yang terbaik. Tidak hairanlah sekolah ini antara yang terbaik di Malaysia!

*****


Memanglah, tidak salah untuk kita bersaing.

Namun, kita bersaing demi apa?


 وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَاۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ 

“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) KamiKami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sungguh, Allah beserta orang-orang yang berbuat baik.”
[Qs. Al-‘Ankabuut, 29:69]

*****

“Sudah tentu, demi cinta dan redha-Nya!”
Megat Shahr Al-Imran,
Asrama, MRSM Bitara Pengkalan Chepa,
2216 hrs 05042012.

5 comments:

  1. Assalamualaikum akh, ingt ana lg x?

    ReplyDelete
  2. Akh!!! ^_^ mestilah ingat...
    apa khabar antum di Taiping?

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum..
    tahniah bt anta kerna meneruskan pjuangan dakwah pena
    ana ex-stud pc batch 08/09
    izinkan ana mintak contak no or emel anta?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumussalam! :) tentu saja. ana emelkan pada enta.
      selamat berdakwah~

      Delete
  4. good job!keep it up!maybe u can be an awesome motivator one day..in shaa allah..may allah bless u..*syncron39:))*

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!