"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Sunday, November 27, 2011

Perkongsian: Boikot - kenapa tidak?

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent."~~


Asalamualaikum, kali ini ana akan menulis tentang satu perkara, yang rasanya sekarang ini sangat dianggap remeh. Ana tahu, pasti ramai akan berkata bahawa isu ini sudah pun diketahui ramai, dan isu ini mungkin dianggap remeh oleh kita. ana menggelarnya "kot lelaki", atau bahasa mudahnya, 'boikot'.


Kita semua tahu tentang kisah rampasan israel ke atas palestin dan segala rancangan mereka untuk menguasai dunia, propagandanya, dan lain-lain. Jadi ana tidak akan menulis tentang perkara tersebut.


Sebaliknya, tertanya-tanya di hati ana, adakah selepas apa yang berlaku ini, umat islam di seluruh dunia masih berdiam diri melihat semua kekejaman ini? Di manakah tanggungjawab kita? Di manakah kesedaran kita?

Ya, sudah banyak kali ana dengar begitu banyak kejian, hinaan yang dilemparkan kepada mereka. Tetapi, jika kita tidak bertindak, maka apa gunanya?


"Setiap riyal, dirham” demikian kata Syeikh Yussuf Al-Qaradawi, “dan sebagainya yang digunakan untuk membeli barangan mereka akhirnya menjadi peluru yang akan dipecat di hati saudara-saudara dan anak-anak di Palestin. Atas sebab ini, ia adalah kewajipan untuk tidak membantu mereka (musuh-musuh Islam) dengan membeli barang-barang mereka. Membeli barang-barang mereka adalah untuk menyokong kezaliman, penindasan dan pencerobohan."

Di manakah sensitiviti kita sebagai umat islam?

Jika kita sekadar hendak membeli makanan segera misalnya, terdapat banyak tempat lain selain daripada sekadar McDonalds. Terdapat banyak alternatif lain yang boleh kita gunakan. Kenapa masih nak pergi ke sana? Soalnya bukan tiada tempat lain. Kita yang tidak ingin. Mungkin kita seronok melihat kanak-kanak di sana ditembak, wanita diperkosa, rakyat diseksa. Ya, memang kita bersatu membantahnya. Tapi jikalau dalam masa yang sama kita yang menajanya, what’s the point?


Ana juga sering mendengar ungkapan “kita beli dengan niat baik, untuk menjaga kesihatan badan.”
Bagi ana, itu satu alasan yang sangat tak masuk akal. Ya, memang betul, kita belinya dengan niat baik, tetapi bukankah lebih diberkati jika kita membelinya dari sumber yang baik juga?

Masih teringat kata-kata murobbi ana, “jikalau kita ingin menggunakan air yang bersih, kita juga perlu mengambilnya dari bejana yang bersih. Jikalau bejananya sahaja tidak bersih, bagaimana mungkin airnya boleh bersih?”

Antara alasan lain yang ana sering dengar, “alah, ustaz x tu pun beli je, tak apa pun. Kak y yang bertudung labuh itu pun beli je, tak apa pun.”

Kalau ustaz itu, kakak itu terjun ke dalam gaung, kita hendak ikut ke? Ya, kita sepatutnya ikut jejak langkah orang yang soleh.tetapi ikutlah apa yang baik. Yang buruk itu kita tinggalkan. Kalau ikut semua, nanti ustaz x tu terjun gaung, ikutlah sama!

semoga mulai hari ini, kita dapat elakkan guna barangan-barangan ini. Kita mulakan, insyaAllah orang lain akan ikut kita sama. Kalau kita tengok orang lain tidak mampu menjadi qudwah, kita jadilah qudwah untuk mereka. Ayuh, bangkitlah wahai umat islam, demi palestina tercinta!!!

Surat yang ditulis oleh seorang budak perempuan kepada Arsenal FC.
"Israel bunuh budak-budak yang bermain bola sepak. kenapa kamu tolong israel? saya tak sokong Arsenal FC lagi."
[Fatima Zahra, 7 tahun]

p/s: bersama artikel ini ana selitkan sedikit jenama dan syarikat yang perlu kita boikot. Untuk maklumat lebih lanjut dan lengkap, ana galakkan layari laman web ini: http://www.inminds.com/.

"daripada makan KFC, baik makan satay je. lagi sedap."
Megat Shahr Al-Imran,
Baiti Jannati,
0400 hrs  28/11/11



2 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian :)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama ukhti. insyaAllah...
    semua yang baik itu datangnya daripada Allah...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!