*****
“Ada beza antara baik dan cemerlang,” kata saya.
“Maksud
kamu?” Tanyanya, bingung.
“Keputusan
akademik yang baik, tidak semestinya cemerlang. Keputusan akademik
yang cemerlang, tidak semestinya baik.” Saya cuba menerangkan.
*****
Musim
‘kehangatan’ peperiksaan sudah bermula di MRSM Pengkalan Chepa.
Dengan tugasan, kerja yang semakin bertimbun, terkial-kial mengejar
silibus supaya dapat dihabiskan, para pelajar seolah-olah mula hilang
arah.
Hasilnya?
Surau
yang sepatutnya dipenuhi ketika subuh, kini hanya tinggal dua saf.
Dan itu hanya satu contoh, masih terdapat banyak lagi.
Menjadikan
‘study’ sebagai alasan tidak pernah memberi kelonggaran daripada
memberi komitmen.
Sebuah
perintah tetap sebuah perintah.
Komitmen
tetap perlu diberi.
Bahkan
alasan ‘study’ itu menambah sebab untuk sebuah kegagalan.
Mungkin
kegagalan yang diterima bukanlah serta-merta.
Boleh
jadi ia gagal sewaktu bekerja.
Namun,
yang paling ditakuti, gagal di Akhirat kelak.
*****
Antara
baik dan cemerlang
Realitinya,
ramai yang sudah tersilap dalam menilai. Membezakan yang baik dan
cemerlang.
Kedua-duanya
boleh jadi sama, boleh jadi berbeza.
Memang
pada asalnya, yang cemerlang itu pasti lebih baik. Namun boleh jadi
sahaja yang tidak cemerlang itu lebih baik, atau sebaliknya.
Buktinya,
berapa ramai yang keputusan akademiknya cemerlang, namun akhirnya
gagal dalam hidup?
Berapa
ramai pula yang keputusan akademiknya ‘biasa-biasa’ sahaja, namun
akhirnya berjaya?
Dari Abdullah
Bin Amr Ibnul Ash, sesungguhnya Rasulullah S.A.W. bersabda:
“Sungguh beruntung orang yang berserah diri, ia merasa cukup dengan rezekinya dan ia juga diberi sifat Qanaah oleh Allah.”
[HR. Muslim]
“Sungguh beruntung orang yang berserah diri, ia merasa cukup dengan rezekinya dan ia juga diberi sifat Qanaah oleh Allah.”
[HR. Muslim]
Usaha sepenuhnya bersungguh-sungguh, mungkin cemerlang, namun seringkali kecemerlangan itu tidak baik.
Usaha,
dengan berkat, mungkin sekali cemerlang. Kalaupun tidak cemerlang,
pasti itu lebih baik.
Kerana
kecemerlangan bukan ukuran.
Yang
berkat itu pasti lebih hebat!
“improve
yourself, megat!”
Megat
Shahr Al-Imran,
Asrama,
MRSM Pengkalan Chepa.
0624
pm 09 05 2012.
No comments:
Post a Comment