*****
Suasana di tempat itu senyap, semua orang
sedang fokus. Seorang da’ie bercakap di atas pentas. Suaranya bergema, penuh
tenaga, tentu sahaja bersemangat sesiapa sahaja yang mendengarnya.
“Kamu semua ini, kalau tak junjung
perintah Allah, tak akan berjaya! Percayalah!”
Maka ditadabburinya Surah Muhammad, ayat
7.
*****
“Hai orang-orang mukmin, jika kamu
menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu.”
[QS. Muhammad, 47:7]
*****
“nampak? Untuk berjaya, kita perlu junjung
perintah Allah! Ini tidak, waktu subuh, zohor, asar, ke mana kamu semua?
Ikhilat tak terjaga, ingat boleh berjaya ke?”
Lalu dibandingkannya dengan sebuah tempat
lain, di mana diberitakan kehadiran subuhnya menakjubkan Penuh setiap kali
waktu solat, bahkan hari-hari mereka sentiasa diisi dengan program-program
keimanan.
“Cuba lihat! Mereka itu, dah sangat hebat!
Kita semua ni, memang tak layak nak bersaing dengan mereka!”
Kemudian da’ie tersebut terus-menerus
menghentam mereka dengan dahsyat sekali. Diberi surah Al-A’raaf ayat 96, Surah
Al-Ankabut ayat 69.
Bahkan kalau boleh satu Quran itu nak
diberi! Marah sangat kononnya dengan perangai orang-orang yang tidak pernah
disentuh tarbiyah ni!
“Jadi saya nak, selepas ni, surau mesti
penuh setiap masa! Jaga ikhtilat! Buat itu! Buat ini! Bla3...”
*****
Senyum. Geleng kepala.
Seandainya tugas da’ie sebegitu mudah,
pasti senang jalan da’wah ini!
Hanya perlu berceramah di surau-surau,
masjid-masjid, kemudian semua orang bakal beriman. Semua orang bakal menjadi
hebat, bak Apprentice Syeikh Yusuf
Qaradhawi, jadi Sayyid Qutb generasi moden, penerus Hasan Al-Banna abad ke 21!
Namun tugas Da’wah bukannya semudah itu.
Da’wah bukan semudah memasak maggi di
dalam bilik. Tidak sepantas kilat yang menyambar, bahkan lebih kompleks
daripada problem matematika!
*****
“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu
dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang
baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang
tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk.” [QS An-Nahl, 16:125]
*****
Da’wah
itu seni memenangi hati. Mengikat hati, seterusnya menarik hati-hati itu
bersama agar menuju syurga! Da’wah yang seterusnya membina ukhuwah, membentuk
masyarakat bahkan sebuah empayar islam! Semuanya bermula dengan hati!
Bahkan Rasulullah SAW sendiri, memulakan
da’wahnya dengan menyentuh hati para sahabat. Rasulullah tidak terus memarahi
para sahabat atas kesalahan yang mereka sendiri masih belum tahu. Rasulullah
SAW menegur dengan berhikmah, sehingga para sahabat bahkan jatuh cinta pada
baginda. Itulah kuasa hati.
Da’ie yang mahu mengubah dunia, perlu
berusaha keras dalam mengubah diri sendiri dan orang sekeliling. Maka tugas
yang berat ini bukannya boleh dilakukan dengan kekerasan, kerana manusia
bukannya robot yang akan patuh pada paksaan. Mereka yang tidak berada dalam
tarbiyah ini perlu didekati dengan hati, bukan dengan belati!
Namun apabila da’ienya sendiri mula futur,
mula melihat kepada dunia, menggemokkan diri dengan maksiat, da’wah yang
dibawanya bukan lagi datang dari hati. Dari otak mungkin, tapi bukan hati yang
bersih. Pemikirannya mula tertumpu pada perubahan ‘besar’ kononnya.
Lalu di mana perubahan hati? Sabar bro,
sedikit-sedikit!
Da’ie yang hebat, bukannya seorang da’ie
yang hanya tahu bercakap, ‘bersembang lebat’, berceramah tanpa henti, sedangkan
dirinya sendiri tidak terjaga.
Da’ie yang hebat, memenuhi harinya bukan
sahaja dengan amalan diri sendiri, bahkan menyelami masalah umat, memenangi
hati mad’u, dan menariknya daripada terjatuh ke jurang neraka!
‘Sembang lebat’ bukan satu-satunya kerja
para da’ie.
Banyak. Terlalu banyak lagi yang perlu dilakukan!
No comments:
Post a Comment