******
Sebuah
kisah tentang cinta.
Cinta
seorang gentlemen sejati.
Semoga
bermanfaat.
*****
Berita
itu sampai kepada Ali.
Berita
tentang gadis yang sungguh mempesonakannya, baik kesantunannya,
ibadahnya, parasnya.
Gadis
yang sungguh mengagumkan!
Khabar
itu sangat mengejutkan. Puteri kesayangan sepupunya itu dilamar oleh
sahabat yang paling akrab dengan Rasulullah. Lelaki yang berjuang
dengan seluruh harta dan jiwanya. Lelaki yang menginfakkan seluruh
hartanya pada perang badar. Lelaki yang pada hari pertamanya sebagai
seorang muslim sahaja sudah berjaya menarik 6 orang untuk
bersyahadah! Adakah iman dan akhlaqnya diragui? Tentu tidak!
Dari
sisi ekonomi, Abu Bakar seorang saudagar, insyaAllah lebih bias
membahagiakan Fatimah. Ali hanyalah pemuda miskin daripada keluarga
miskin.
“Inilah
persaudaraan dan cinta,” gumam Ali. “Aku mengutamakan Abu Bakar
atas diriku, aku mengutamakan kebahagiaan Farimah atas cintaku.”
*****
Namun
takdir Allah terus mengatasi segalanya. Lamaran Abu Bakar ditolak Dan
Ali terus menjaga semangatnya untuk mempersiapkan diri.
Tetapi
ujian itu itu rupanya belum berakhir. Datang pula seorang sahabat
melamar Fatimah selepas Abu Bakar. Lelaki yang gagah dan perkasa,
yang mendapat hidayah selepas didoakan oleh Rasulullah. Sang
Al-Farouq, Umar Ibn Al-Khattab.
Umar
adalah lelaki yang berani. Pembela yang gagah. Beliau pasti menjaga
Fatimah dengan baik. Umar lebih bersedia daripadanya. Dinilah dari
semua segi dalam pandangan orang ramai, Ali hanyalah pemuda yang
belum bersedia untuk menikah. Umar jauh lebih layak daripadanya. Maka
Ali redha.
Walaubagaimanapun,
Allah masih punya rancangan lain. Umar juga ditolak. Ali bingung.
Menantu seperti apakah yang diinginkan Rasulullah? Apakah yang kaya
juga, seperti Uthman? Ali sungguh berbeza dengannya.
“mengapa
bukan engkau yang mencoba, kawan?” kalimat teman-teman ansharnya
itu membangunkan lamunan. “Mengapa engkau tidak mencuba melamar
Fatimah? Aku punya firasat, engkaulah yang ditunggu-tunggu baginda
Nabi.
“aku?”
tanyanya, tidak yakin.
“Ya,
engkau wahai saudaraku!”
“Aku
hanya pemuda miskin. Apa yang bisa kuandalkan?”
“Kami
di belakangmu, kawan! Semoga Allah menolongmu!”
Ali
pun menghadap Rasulullah, menyampaikan hajatnya untuk menikahi
Fatimah. Ya, menikahi. Meskipun beliau sedia maklum, secara
ekonominya sangat tidak menjanjikan apa-apa pada dirinya. Di
rumahnya, hanya ada satu set baju besi serta persediaan tepung kasar
untuk makanannya.
Namun
untuk meminta waktu dua atau tiga tahun untuk bersedia? Itu
memalukan! Meminta Fatimah menantinya sehingga dia bersedia? Itu
sangat keanak-anakan!
Namun
Ali bersedia bertanggungjawab atas rasa cintanya. Beliau yakin, Allah
Maha Kaya.
“Ahlan
Wasahlan!” jawab Rasulullah beserta senyuman.
Ali
bingung.
Apakah
maksudnya? Ucapan selamat datang sukar ditafsirkan sebagai satu
penerimaan atau penolakan.
*****
“Bagaimana
jawapan Nabi, kawan? Bagaimana lamaranmu?”
“Entahlah...”
“Apa
maksudmu?”
“Menurut
kalian, apakah ‘Ahlan Wasahlan’ bermaksud sebuah jawapan?”
“Satu
sahaja sudah mencukupi dan kau mendapat dua!” Ahlan sahaja sudah
berarti ya. Sahlan juga. Dan kau mendapatkan ‘Ahlan Wasahlan’.
Dua-duanya bererti ya!”
*****
Maka
dalam usia 18 tahun, Ali menikahi Fatimah. Dengan menggadaikan baju
besi. Dengan rumah yang semula ingin disumbangkan oleh
kawan-kawannya, tapi Rasulullah berkeras agar ia membayar cicilannya.
Itu hutang. Dengan keberanian untuk mengorbankan cintanya bagi Abu
Bakar, Umar, dan Fatimah. Dengan keberanian untuk menikah. Waktu itu
juga. Bukan janji-janji, bukan nanti-nanti.
*****
Ali
adalah gentlemen sejati. Tidak hairanlah pemuda arab memiliki
jeritan, “La Fatan Illa Alliyan!” Tiada pemuda selain Ali!
Adakah
Ali pergi menemui Fatimah kemudian menyatakan, “Aku cinta padamu,
Bolehkah kamu menungguku?” tidak! Beliau berjumpa walinya,
menyatakan perasaannya, kemahuannnya, kesanggupannya.
Itulah
gentlemen sejati. Lelaki yang walaupun mungkin menurut orang
ramai masih belum siap untuk menikah, tidak pergi mencabul hak
walinya dengan ber’couple’, bahkan tidak pula memintanya
menunggu. Kerana dia tahu, Fatimah milik Allah, bukan milik dirinya.
Ali
tetap berusaha mematuhi syariat walau risikonya tinggi. Dia percaya.
Malah lebih lagi. Dia yakin. Yakin bahawa Allah maha berkuasa atas
segala sesuatu.
*****
Itulah
gentlemen sejati.
Lelaki
yang layak dijadikan suami.
Lelaki
idaman setiap wanita solehah.
Lelaki
yang akan membawa keluarganya ke syurga yang kekal abadi.
Lelaki
yang cintanya, sampai ke syurga.
Jadilah
gentlemen sejati.
Mencintailah
seperti gentlemen sejati.
Mencintailah
sejantan Ali!
*****
“Ya
Allah, Jadikan aku lelaki sejati,
Lelaki
yang juga mencintai,
Namun
meletakkan-Mu di atas sekali.
Lelaki
yang juga mencintai,
Namun
mencintai, seperti gentlemen sejati.”
-Megat
Shahr Al-Imran Ibnu Ismail-
“adakah
aku gentlemen sejati?”
Megat
Shahr Al-Imran,
Kem
pemantapan Fardhu Ain,
Institut
Pengurusan Perladangan,
Machang,
Kelantan.
1236
am 21 04 2012
No comments:
Post a Comment