*****
“Di manakah
kamu boleh dapatkan permata?” katanya.
*****
Hari itu,
tidak seperti biasa.
Seringkali,
ayahnya akan bersembunyi di belakang pintu, memberikan kejutan padanya. Selepas
itu, mereka akan bertukar-tukar ciuman dengan mesra.
Namun tidak
pada hari itu. Entah apa yang tidak kena.
Ayahnya ada
di situ. Namun ada sesuatu yang yang berlainan hari ini.
Lelaki itu
menyuruhnya duduk di pangkuannya. Lalu Muhammad Ali itu pun berkata kepada anak
perempuannya. Suatu yang anaknya tidak pernah lupakan.
“Hana,
setiap ciptaan tuhan yang berharga di dunia ini akan terlindung dan amat sukar
untuk diperolehi.
Di mana kamu boleh dapatkan permata?
Tertanam jauh di perut bumi,
Tertudung dan dilindungi.
Di mana kamu jumpa mutiara?
Terbenam jauh di dalam hutan,
Tertudung dan dilindungi oleh kulit kerang yang cantik.
Di mana kamu cari emas?
Terperosok di lapisan
bumi,
Tertudung dengan lapisan demi lapisan tanah dan batu.
Kamu kena bekerja keras untuk mendapatkannya.”
Maka anaknya
yang tidak menutup aurat dengan sempurna itu pun faham, lalu kemudiannya
kembali menutup aurat dengan sempurna.
*****
*****
Ya, perkara
yang berharga seringkali disimpan. Hanya yang layak boleh melihat dan
menyentuhnya.
Perkara yang
sama berlaku pada aurat.
Sayangnya
kesedaran itu masih belum cukup sempurna. Masih banyak yang silap.
kebanyakkan
pasangan suami isteri, walaupun sebelum menikah tidak pernah menutup aurat,
ketika menikah paling tidak mesti menutupnya.
Sehinggakan
mereka yang ber’couple’ sekalipun, hanya memberikan harta berharga itu buat
teman lelaki dan perempuan mereka. Tidak buat orang lain.
Bagi mereka,
biarlah itu buat mereka sahaja.
Sayang
sekali. Kesedaran untuk meng’khas’kannya buat yang tercinta itu telah ada,
hanya belum dipandu dengan keimanan.
Hebat sekali
fitnah akhir zaman.
*****
Malam itu,
seperti malam-malam yang lain. Di MRSM Bitara Pengkalan Chepa, seorang pelajar
memberi tazkirah maghrib di Surau Al-Khairiyyah. Namun kali ini agak menarik isunya.
Saya fikir hanya saya seorang yang berfikir tentangnya. Tidak sangka ramai
orang lain yang mempunyai pandangan yang sama dengan saya.
“sekarang
ini, dah jadi trend. Banyak lelaki
sukakan perempuan bertudung labuh, tak kiralah lelaki itu jahat atau baik.”
Katanya.
Saya diam.
Betul juga apa yang dikatakannya.
Saya
sendiri, secara peribadi meletakkan tiga syarat asas untuk saya memilih calon
isteri. Bertudung labuh, memakai sarung lengan, dan memakai stoking.
Dan yang
paling menarik ialah, semuanya berkaitan dengan aurat.
Sesetengah
orang yang ‘moden’, mungkin melihatnya sebagai satu bentuk kecantikan yang
perlu ditunjukkan.
Sesetengah
lain yang lebih ‘tradisional’, mungkin melihatnya sebagai sesuatu yang
memalukan, yang perlu disembunyikan.
Saya?
Saya
melihatnya sebagai sebuah hadiah.
Hadiah yang
paling istimewa, buat suami dan isteri tercinta.
*****
*****
“menunggu khutbah bermula”
Megat Shahr Al-Imran,
Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa, Kelantan,
01:20 pm 04 Mei 2012.
No comments:
Post a Comment