"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Thursday, January 17, 2013

Motivasi : Al-Quran, untuk siapa?

~~"In The Name Of ALLAH, Most Merciful, Most Benevolent..."~~

"Membaca Al-Quran ni bosan!" kata sesetengah orang.

"buat apa baca Al-Quran, kalau tak faham makna?" kata sesetengah yang lain pula.

*****



*****



Begitu banyak alasan yang dicipta oleh manusia pada hari ini. Sehinggakan mereka juga turut mempengaruhi orang lain yang ingin berbuat.

Tidak dilupakan perbuatan sesetengah golongan yang kononnya bergelar ’agamawan’ yang menyusahkan mereka yang ingin berbuat. sehingga masyarakat berpendapat bahawa Al-Quran, agama, hanyalah untuk golongan yang bergelar ’ustaz’ atau ’ustazah’ sahaja.

"Al-Quran mestilah ditempatkan di atas sekali! Tempat yang paling tinggi!" kata ustaz x.


Tinggi. Terlalu tinggi hingga tidak dapat dicapai oleh tangan untuk ditatap dan dibaca. Hingga akhirnya Al-Quran hanya dijadikan sebagai perhiasan di rumah. Perhiasan yang tak pernah disentuh dengan alasan tiada wudhu’, sehingga berhabuk dan bersawang!

Apabila manusia tidak memahami hak sebenar Al-Quran, sehingga memberikan hak yang salah buatnya, menunjukkan umat ini benar-benar dilanda krisis keimanan yang dahsyat.

Benar, Al-Quran bukan hanya sebuah kitab biasa. Ia mengandungi Kalamullah. Namun ia bukannya kitab yang hanya perlu dijadikan hiasan.

2:121

"Orang-orang telah kami beri kitab, mereka membacanya sebagaimana mestinya, mereka itulah yang beriman kepadanya. Dan barangsiapa yang ingkar kepadanya, mereka itulah Orang-orang yang rugi."
(Qs. Al-Baqarah, 2:121)


Apa Hak Sebenar?


Hak sebenar sebuah Al-Quran, untuk dibaca dan dijadikan pedoman hidup. Bukan hanya sebuah perhiasan untuk mengumpulkan habuk.

*****

*****

Namun, berapa ramai manusia pada hari ini yang menjadikan Al-Quran sebagai pedoman hidup?
Al-Quran, untuk siapa?

Berapa ramai manusia yang hari-harinya dihiasi dengan bacaan Al-Quran?

Akhirnya, manusia semakin jauh daripada Allah. Daripada Al-Quran. Daripada islam.

Maka ketawa besar musuh-musuh islam terhadap masyarakat islam. Masyarakat yang kononnya sibuk mencemuh zionis kerana menceroboh Al-Aqsa, namun mereka sendiri jauh daripada islam yang kononnya mereka sendiri anuti. Yang kononnya sangat dipentingkan oleh mereka.

Masyarakat yang tidak mempunyai kekuatan, lantaran tidak bergantung kepada Yang Maha Memberi Kekuatan.

Katanya, membaca Al-Quran itu membosankan. Membuang masa. Tidak produktif. Sedangkan Al-Quran itu Kalamullah. Membaca Al-Quran, tidak sama rasanya dengan membaca buku-buku yang lain.

Hanya yang beriman sahaja mengetahui perbezaannya.
Kerana mereka bukan orang biasa.Mereka manusia istimewa. Manusia yang dipilih oleh Allah.

Hari-hari mereka tidak dihabiskan dengan game dan movie.
Kerana mereka faham, bahawa hidup ini bukan hanya untuk bermain dan berseronok.
Ada tanggungjawab yang lebih besar lagi.


Kesimpulan : betulkan persepsi kita.


Zionis hanya akan takut apabila Al-Quran itu menjadi teman kita.
bukan hanya diletakkan di atas sekali.
Letakkan Al-Quran itu di hati.

43:36


"Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan yang Maha Pemurah (Al Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) Maka syaitan Itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya.
(QS43. Az Zukhruf ayat 36)


1 comment:

  1. thank you so much..
    like this quote,

    "Hanya yang beriman sahaja mengetahui
    perbezaannya. Kerana mereka bukan orang biasa.
    Mereka manusia istimewa. Manusia yang dipilih
    oleh Allah.

    Hari-hari mereka tidak dihabiskan dengan game
    dan movie.
    Kerana mereka faham, bahawa hidup ini bukan
    hanya untuk bermain dan berseronok.

    Ada tanggungjawab yang lebih besar lagi."

    salam kenal dari Indonesia :)
    boleh cek blog saya, www.palestinehereweare.blogspot.com

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!