"..Semua penulis akan meninggal. Hanya karyanya lah yang akan abadi sepanjang masa. Maka, tulislah sesuatu yang membahagiakan dirimu di akhirat nanti.."

[Ali Bin Abi Thalib]

Sunday, July 31, 2011

Perkongsian : Mari ‘All out!’ dalam ramadhan kali ini!!

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.... "Ya Tuhanku, lapangkanlah untukku dadaku, dan mudahkanlah untukku urusanku, dan lepaskanlah kekakuan dari lidahku, supaya mereka mengerti perkataanku.”



Esok, tarikh keramat. Kedatangan bulan yang umpama sebuah oasis di tengah-tengah padang pasir.Sebuah bulan yang bagaikan lubuk ikan di lautan. Bulan yang penuh dengan barakah. Bulan yang penuh dengan nikmat.


Namun, apakah sambutan yang bakal kita berikan terhadap kedatangan tetamu istimewa ini?

Mari kita berfikir sejenak. Seandainya kita hendak menghadiri sesuatu majlis yang mewah, bagaimana persiapan kita?

Adakah dengan baju melayu lengkap bersampin?
Atau bersmart casual’ berserta ‘Blazer’?
Atau mungkin dengan pakaian yang baru dibeli semalam, semata-mata untuk majlis tersebut?

Masya Allah. betapa kita sanggup bersedia untuk majlis seperti itu, namun apakah persediaan kita bagi menghadiri “Majlis Al-Mubarak” ini?

Friday, July 15, 2011

Aku cinta Allah...

Andaikan diriku bisa

Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai


Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

Perkongsian: Ayuh! Mulakan Langkahmu!

"akh, ana rasa susah la nak ikut tarbiyah ni. nak kena buat macam-macam, tinggal game, movie, couple, apa segala macam. Ana tak cukup kuat."

Gejala yang sering melanda ikhwah-ikhwah yang baru ditarbiyah. Bahkan ada kalanya ikhwah yang sudah lama pun kadang-kala mempunyai masalah sedemikian. Masalah TIADA DAYA PERUBAHAN.

Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan "tiada daya"?

Di tingkatan 4, dalam subjek physics kita didedahkan dengan "Newton's First Law" yang berkaitan dengan daya. Secara teorinya kita tahu bahawa,

"every oblect persists in its state of rest or uniform motion in a straight line unless it is compelled to ghange that state by forces impressed on it"
 -newton's first law-





Apakah apa yang kita buat sekarang ini mencukupi?


"maaflah, aku rasa tak payahlah ikut halaqoh-halaqoh macam ni. aku rasa cukuplah apa yang aku buat sekarang ni. kalau jaga kehormatan, jaga solat tu insya-Allah boleh lagi. Aku rasa cukup kot."

Apakah kita mengira apa yang kita buat ini mencukupi?

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, Padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara mu dan belum nyata orang-orang yang sabar.”
(QS3. Ali 'Imran ayat 142)

Sebenarnya, tidak......

Hakikatnya, kita ini semuanya berada dalam kelajuan yang constant, sedang menuju ke neraka.

Friday, June 24, 2011

cerpen: Inilah Masanya....

Sabda rasulullah s.a.w:

“Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan, yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”

*****

“macam mana mutabaah antum semua? Ada peningkatan tak?”

Hakim tersentak. Tak disangka ungkapan sebegitu akan keluar daripada murobbinya. Sementara ikhwah yang lain menceritakan peningkatan mutabaah mereka, hakim hanya mendiamkan diri.

“kenapa akh? Ada masalah ke?” murobbinya bertanya.

Hakim hanya tunduk merenung lantai masjid.

“kenapa akh? Ada masalah ke?” soalan diulangi.

Sekali lagi tiada respons yang diterima. Hanya sekujur tubuh yang tunduk merenung lantai kelihatan.

Faiz berfikir sejenak,

“kenapa dengan hakim ni? apa masalah dia? Patutkah aku desak dia sekarang?”

Hampir sahaja Faiz kalah dengan desakan. Namun dia teringat firman allah,

“tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, Sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu Termasuk hal-hal yang diutamakan.”
(QS42. Asy Syuura ayat 43)

Lalu dia pun bersabar. Halaqoh diteruskan. Faiz memberikan taklim tentang pentingnya hikmah dalam usaha dakwah. Sepanjang sesi tersebut, mata hakim hanya berkaca-kaca. Faiz hanya mampu untuk berpura-pura tidak menghiraukan reaksi hakim. Baginya, biarlah dia mendekati anak halaqohnya itu pada masa yang sesuai. Semoga ikatan hati antara mereka yang dibina atas dasar keimanan dapat membantunya mengenalpasti apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh anak halaqohnya yang seorang ini.

Sudah menjadi tanggungjawab baginya sebagai murobbi, untuk membantu mutarobbinya dalam masalah yang dihadapi. Dia tahu, rasulullah s.a.w. pernah bersabda:

“Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.”

*****

Angin sepoi-sepoi bahasa pada pagi itu. Tasbih, tahmid, dan zikrullah memenuhi ruang udara. Burung-burung berkicauan, memuji kebesaran Yang Maha Esa.


Saturday, June 4, 2011

promosi: Edisi ke- 5 majalah SINERGI!!!!!


Assalamu’alaikum wbt,
Alhamdulillah..Majalah SINERGI Edisi Ke-5 akan menemui pembaca tidak lama lagi..Edisi kali ini yang bakal meyentuh isu-isu istimewa bagi menyedarkan umat Islam mengenai racun yang rasanya manis namun membunuh umat kita..Pastikan anda salah seorang yang menyedari penyebaran racun tersebut..Ayuh bersama kita membantu melahirkan generasi rabbani profesional melalui ilmu, kefahaman dan kesedaran yang bakal kita sebar luaskan melalui wasilah pena..
Pendaftaran menjadi pengedar sah Majalah SINERGI masih terus dibuka..Begitu juga kemudahan belian individu yang akan terus sampai ke tangan anda, serta belian langganan yang kami sediakan, mahupun program wakaf Majalah yang ingin anda berikan. Dapatkan semua info di website rasmi kami dihttp://synergymedia.com.my/



Akh Megat Shahr Al-Imran,
baiti jannati,
3 Rejab 1432 Hijriah
frontcover05  

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

>_< Ukhuwah is awesome!!!