Sabda rasulullah s.a.w:
“Orang mukmin bagi orang mukmin itu laksana bangunan, yang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain”
*****
Hakim tersentak. Tak disangka ungkapan sebegitu akan keluar daripada murobbinya. Sementara ikhwah yang lain menceritakan peningkatan mutabaah mereka, hakim hanya mendiamkan diri.
“kenapa akh? Ada masalah ke?” murobbinya bertanya.
Hakim hanya tunduk merenung lantai masjid.
“kenapa akh? Ada masalah ke?” soalan diulangi.
Sekali lagi tiada respons yang diterima. Hanya sekujur tubuh yang tunduk merenung lantai kelihatan.
Faiz berfikir sejenak,
“kenapa dengan hakim ni? apa masalah dia? Patutkah aku desak dia sekarang?”
Hampir sahaja Faiz kalah dengan desakan. Namun dia teringat firman allah,
“tetapi orang yang bersabar dan mema'afkan, Sesungguhnya (perbuatan ) yang demikian itu Termasuk hal-hal yang diutamakan.”
(QS42. Asy Syuura ayat 43)
(QS42. Asy Syuura ayat 43)
Lalu dia pun bersabar. Halaqoh diteruskan. Faiz memberikan taklim tentang pentingnya hikmah dalam usaha dakwah. Sepanjang sesi tersebut, mata hakim hanya berkaca-kaca. Faiz hanya mampu untuk berpura-pura tidak menghiraukan reaksi hakim. Baginya, biarlah dia mendekati anak halaqohnya itu pada masa yang sesuai. Semoga ikatan hati antara mereka yang dibina atas dasar keimanan dapat membantunya mengenalpasti apakah sebenarnya masalah yang dihadapi oleh anak halaqohnya yang seorang ini.
Sudah menjadi tanggungjawab baginya sebagai murobbi, untuk membantu mutarobbinya dalam masalah yang dihadapi. Dia tahu, rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
“Kalau seseorang dan kamu itu berjalan kerana hendak menolong saudaranya adalah lebih baginya daripada ia ber ‘iktikaf sebulan di masjidku ini.”
*****
Angin sepoi-sepoi bahasa pada pagi itu. Tasbih, tahmid, dan zikrullah memenuhi ruang udara. Burung-burung berkicauan, memuji kebesaran Yang Maha Esa.